web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekas ADUN Sedili Dibebaskan Daripada Pertuduhan Cabul Wanita

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2023 5:59PM

Keputusan itu dibuat selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Rasman. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Mahkamah Majistret Muar hari ini melepas dan membebaskan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili Rasman Ithnain daripada pertuduhan mencabul seorang wanita di dalam sebuah kereta tahun lepas.

Majistret Analia Kamarudin membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Rasman, 54.

Peguam Mohamad Alias Rasman ketika dihubungi berkata Analia dalam penghakiman ringkas antara lain menyatakan selepas menilai kebolehpercayaan saksi pendakwaan secara maksimum sepanjang perbicaraan, mahkamah mendapati pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap Rasman.

"Oleh yang demikian, tertuduh dilepas dan dibebaskan serta wang jaminan dikembalikan semula," katanya sambil menambah seramai empat saksi pendakwaan memberi keterangan dalam perbicaraan yang berlangsung pada Ogos tahun lepas.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya Hayatul Wirdah Mohd Yunos manakala Rasman turut diwakili peguam Muhammad Mohd Nasir dan Muhammad Izzad Syafiq Ismail.

Tengku Amir Zaki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Rasman didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang wanita berusia 27 tahun di Muar pada kira-kira 5 petang 13 Jan 2022 mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman, jika sabit kesalahan.

Ketua Bahagian Bersatu Kota Tinggi dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Perikatan Nasional Johor itu dalam satu kenyataan menzahirkan rasa syukur dengan keputusan tersebut yang sekali gus dapat menegakkan kebenaran kepada beliau.

Bekas ADUN Sedili yang berkhidmat selama tiga penggal dari 2008 hingga 22 Januari tahun lepas itu juga berkata beliau akan terus komited berbakti kepada rakyat dan menganggap kes tersebut sebagai satu siri ujian terhadap dirinya serta keluarga. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Tahan Aktivis GSF Perbuatan Zalim, Bebaskan Mereka Segera!’ - Anwar

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Yusoff Rawther Didakwa Edar Kanabis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Suri Rumah Didakwa Bunuh Anak Angkat Usia 5 Tahun

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Ibu Zayn Rayyan Tidak Buat Pengakuan Bersalah - Peguam

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi