web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pulau Pinang Sedia Patuh Arahan KKM Berhubung Kemasukan Pelancong China

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2023 9:08AM

Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri sedia melaksanakan protokol-protokol yang ditetapkan oleh Kerajaan Pusat dan KKM berhubung kemasukan pelancong dari negara berkenaan ke Pulau Pinang. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Situasi terkini jangkitan COVID-19 di Pulau Pinang pada masa ini menunjukkan trend menurun sehingga 50 peratus berbanding beberapa bulan lepas, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Beliau berkata berdasarkan laporan harian yang diterima kebelakangan ini, purata kes harian di Pulau Pinang adalah sekitar 40 hingga 50 kes sahaja berbanding beberapa bulan lepas yang mencatatkan angka lebih 100.

Merujuk kepada prosedur kemasukan pelancong dari China ke dalam negara pula, beliau berkata kerajaan negeri akan akur dan mematuhi arahan kerajaan dalam usaha bendung penularan wabak itu.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini Chow berkata kerajaan negeri sedia melaksanakan protokol-protokol yang ditetapkan oleh Kerajaan Pusat dan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung kemasukan pelancong dari negara berkenaan ke Pulau Pinang.

"Semua tertakluk kepada perintah daripada Kerajaan Pusat dan KKM, sekiranya ada apa-apa protokol yang perlu dipatuhi, kita akan patuh. Setakat ini tiada penerbangan terus dari China ke Pulau Pinang memandangkan ia telah dihentikan sejak pandemik COVID-19 melanda," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beberapa media sebelum ini melaporkan China akan membuka semula sempadannya pada 8 Jan ini selepas hampir tiga tahun ditutup berikutan pandemik COVID-19.

KKM pula dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya sedia mengubah dasar berkaitan penjagaan kesihatan pengurusan pandemik COVID-19 di sempadan negara sedia ada, termasuk memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan di pintu masuk negara jika perlu, bukan sahaja bagi pelawat dari China, bahkan yang tiba dari mana-mana negara sekalipun. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Luar Negara 11 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar