web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Usah Tunggu Vaksin Bivalen, Dapatkan Dos Penggalak Kedua Segera - KKM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2023 1:34PM

KKM amat berharap, peratusan pengambilan dos penggalak akan terus meningkat terutama dalam kalangan golongan yang berisiko - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa orang ramai yang sudah menerima dos penggalak pertama yang melebihi tempoh enam bulan agar mendapatkan dos penggalak kedua serta tidak menunggu vaksin bivalen.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, ini kerana vaksin monovalen sedia ada masih sangat berkesan untuk mengurangkan gejala serius dan kes kematian.

Katanya, saranan itu antara sebahagian langkah KKM untuk meningkatkan kaedah pembendungan penularan jangkitan COVID-19 dalam negara serta kesiapsiagaan bagi berdepan dengan sebarang kemungkinan peningkatan virus itu.

“KKM amat berharap, peratusan pengambilan dos penggalak akan terus meningkat terutama dalam kalangan golongan yang berisiko.

“Ketika ini hanya 49.8 peratus sahaja rakyat Malaysia yang mendapat vaksin dos penggalak pertama dan hanya 1.9 peratus sahaja yang sudah mengambil vaksin dos penggalak kedua.

“Merujuk kepada maklumat sedia ada, vaksin COVID-19 berkesan bagi memberi perlindungan dari mendapat gejala yang teruk akibat jangkitan virus COVID-19 dan ia sepatutnya mengurangkan kemasukan ke hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketika ini hanya 49.8 peratus sahaja rakyat Malaysia yang mendapat vaksin dos penggalak pertama dan hanya 1.9 peratus sahaja yang sudah mengambil vaksin dos penggalak kedua - Gambar Fail
Ketika ini hanya 49.8 peratus sahaja rakyat Malaysia yang mendapat vaksin dos penggalak pertama dan hanya 1.9 peratus sahaja yang sudah mengambil vaksin dos penggalak kedua - Gambar Fail

Beliau berkata, vaksin bivalen akan dibekalkan kepada Malaysia tidak lama lagi berikutan kelulusan pendaftaran bersyarat yang diberikan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (NPRA) baru-baru ini.

“Pengumuman akan dibuat selepas bekalan diterima bersama dengan kriteria kelayakan untuk mendapatkannya.

“Disamping itu, saya ingin terus mengingatkan rakyat untuk terus menjaga kesihatan kendiri dan keluarga masing-masing serta sentiasa mematuhi saranan serta nasihat kesihatan KKM,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Zaliha berkata, pihaknya memberi perhatian serius terhadap kebimbangan rakyat berhubung peningkatan kes COVID-19 di China serta sekatan yang dilakukan beberapa negara lain terhadap pengembara dari China.

Tegas beliau, perkara itu sememangnya menjadi keutamaan KKM pada ketika ini.

“Dengan pelanjutan Malaysia sebagai “Kawasan Tempatan Jangkitan” sehingga Jun depan, ia memberi ruang kepada KKM untuk mengambil sebarang tindakan segera bila diperlukan.

“Ini termasuk mengubah dasar sedia ada terutama penjagaan kesihatan pengurusan pandemik COVID-19 di sempadan negara serta memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan kesihatan di mana-mana pintu masuk negara,” katanya.

Katanya, langkah itu akan dilaksanakan jika perlu, bukan sahaja kepada pengunjung atau pengembara (warganegara Malaysia dan bukan warganegara) yang tiba dari China, bahkan dari semua negara di dunia.

“KKM juga sentiasa bersiap siaga untuk meningkatkan kapasiti kesihatan bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

Malaysia menetapkan pengembara yang tiba dari luar negara termasuk China perlu melalui saringan demam di pintu masuk antarabangsa (PMA) manakala sampel air kumbahan pesawat dari republik itu juga akan diambil - Gambar Hiasan
Malaysia menetapkan pengembara yang tiba dari luar negara termasuk China perlu melalui saringan demam di pintu masuk antarabangsa (PMA) manakala sampel air kumbahan pesawat dari republik itu juga akan diambil - Gambar Hiasan

Sementara itu, Dr Zaliha berkata, KKM sentiasa berhubung rapat dan mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa bersama pihak Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), China serta rakan-rakan negara ASEAN.

Katanya, KKM juga sentiasa mengambil polisi berpandukan dan berasaskan sains serta data yang tepat.

“Berdasarkan laporan, WHO telah mengadakan mesyuarat dengan pihak China bagi urusan perkongsian data terkini dan ia akan diteruskan bagi mengetahui secara terperinci maklumat, situasi dan pengurusan COVID-19 di negara itu.

“Berdasarkan maklumat yang dilaporkan China kepada WHO, varian dan subvarian yang ada di China juga dikesan di Malaysia.

“Namun vaksin sedia ada berkesan memberi perlindungan dari mendapat gejala teruk dan ia berupaya mengurangkan risiko kemasukan ke hospital,” katanya.

Terdahulu, Malaysia menetapkan pengembara yang tiba dari luar negara termasuk China perlu melalui saringan demam di pintu masuk antarabangsa (PMA) manakala sampel air kumbahan pesawat dari republik itu juga akan diambil.

Sampel akan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) untuk ujian rantai polimerase (PCR) dan seterusnya untuk penjujukan genom sekiranya positif COVID-19.

KKM turut mempertimbangkan keperluan vaksinasi penuh bagi pengembara dari luar, termasuk China sebagai syarat untuk mereka dibenarkan memasuki negara ini. – Getaran, 2 Januari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad