web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Minta Orang Awam Tidak Buat Spekulasi Kebakaran Wisma Jakel

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2023 1:29PM

Bomba Selangor hari ini menggerakkan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi menjalankan kerja-kerja forensik untuk mengenal pasti punca insiden kebakaran di Wisma Jakel. - Gambar oleh Abdul Razak Latif 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis meminta orang awam tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan punca insiden kebakaran Wisma Jakel di Seksyen 7, di sini yang berlaku pada awal pagi semalam. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata ketika ini pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar kebakaran. 

“Pihak polis pohon orang awam (netizen) tidak mengeluarkan sebarang spekulasi atau andaian berkaitan perkara ini. 

“Kita kena hormati perasaan mereka yang alami kerugian serta pekerja-pekerja yang hilang sumber pendapatan akibat insiden ini,” katanya ketika diminta mengulas mengenai beberapa dakwaan di media sosial kononnya kebakaran di gedung tekstil terkemuka itu adalah disengajakan. 

Polis meminta orang awam (netizen) supaya tidak mengeluarkan sebarang spekulasi atau andaian berkaitan kebakaran di Wisma Jakel semalam.
Polis meminta orang awam (netizen) supaya tidak mengeluarkan sebarang spekulasi atau andaian berkaitan kebakaran di Wisma Jakel semalam.

Beliau berkata setakat ini polis belum menerima laporan berkaitan perkara tersebut (sengaja dibakar) daripada mana-mana pihak.  

Katanya tindakan undang-undang boleh diambil oleh pemilik premis sekiranya laporan siasatan bomba membuktikan perkara sebaliknya. 

Gedung tekstil terkemuka itu dilaporkan terbakar awal pagi semalam dan pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada 7.08 pagi.

Unit Anjing Pengesan (K9) menjalankan siasatan punca kebakaran di Wisma Jakel.
Unit Anjing Pengesan (K9) menjalankan siasatan punca kebakaran di Wisma Jakel.

Susulan itu bomba Selangor hari ini menggerakkan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi menjalankan kerja-kerja forensik untuk mengenal pasti punca insiden kebakaran di Wisma Jakel itu. 

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata syarikatnya mengalami kerugian awal yang dianggarkan hampir RM100 juta. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad