web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penguatkuasaan Pelitup Muka Untuk Pengendali F&B Bantu Elak Jangkitan Saluran Pernafasan - Pakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2023 9:17PM

Selangor telah menguatkuasakan penggunaan pelitup muka dalam kalangan penyedia dan pengendali F&B di negeri tersebut secara berperingkat. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Langkah menguatkuasakan penggunaan pelitup muka dalam kalangan penyedia serta pengendali makanan dan minuman (F&B) di Selangor ialah tindakan yang wajar, bagi mengelakkan sebarang jangkitan saluran pernafasan.

Ia juga dilihat dapat menjamin kebersihan makanan yang dijual kepada pengguna, sekali gus menjadikan pelanggan lebih yakin dan selesa.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, selain memakai pelitup muka, golongan penyedia dan pengendali F&B juga perlu menjaga kebersihan serta stor makanan.

Dr Zainal Ariffin Omar
Dr Zainal Ariffin Omar

"Penyedia dan pengendali ini mesti mencuci perkakas hidangan dengan air yang bersih dan sabun selain proaktif menghapuskan serangga perosak.

"Mereka juga mesti memakai apron dan tutup kepala serta mengambil suntikan mencegah tifoid," katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan negeri Selangor menguatkuasakan penggunaan pelitup muka dalam kalangan penyedia dan pengendali F&B di negeri tersebut secara berperingkat.

Di bawah arahan itu, semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor digalakkan melaksanakan penguatkuasaan berkenaan di bawah kawasan pentadbiran masing-masing mulai sekarang.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dipetik sebagai berkata, dalam tempoh satu hingga tiga bulan pertama, pemakaian pelitup muka itu lebih kepada proses pendidikan sebelum diwajibkan secara menyeluruh.

Sementera itu, Dr Zainal Ariffin berpendapat, pendekatan diambil kerajaan Selangor itu juga wajar diperluas ke negeri lain sebagai kaedah meningkatkan kualiti serta standard industri makanan dan minuman semua negeri terbabit.

Beliau memberitahu, bagi memastikan mutu makanan dan minuman terus terpelihara, penguatkuasaan dan pengawasan perlu dipertingkatkan selaras dengan garis panduan di bawah Peraturan – Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009) dan Akta Makanan 2009.

"Risiko yang bakal ditanggung oleh pelanggan jika pengendali makanan tidak memakai pelitup muka termasuk kes keracunan makanan dan lain-lain penyakit bawaan air dan makanan seperti taun dan tifoid," katanya.

Sementara itu, Pakar Kesihatan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh turut bersetuju dengan langkah berkenaan, memandangkan kes COVID-19 dilihat semakin bertambah.

Katanya, kemungkinan untuk wujudnya varian baharu timbul juga adalah tinggi. 

Dalam mengelakkan daripada kes COVID-19 semakin merebak, jelasnya, lebih elok kerajaan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) lama.

Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
Dr Sharifa Ezat Wan Puteh

"Dapatkan dos penggalak kalau belum, dan elakkan daripada bercampur dengan orang berisiko contohnya yang baru tiba dari China," katanya.

Beliau turut mencadangkan kerajaan memantau kedatangan pelawat China atau rakyat Malaysia yang pulang dari republik tersebut.

Menurutnya, ujian RT-PCR (PCR) semasa ketibaan perlu dilakukan dan sekiranya individu terbabit mempunyai simptom berkaitan, mereka perlu melaporkannya kepada pihak berkuasa.

“Orang ramai perlu memastikan diri mereka sentiasa selamat dengan mengambil langkah-langkah sewajarnya termasuk memakai pelitup muka dan mendapatkan perlindungan vaksin.

"Jangan terjangkit. Ini kerana 'long COVID-19' akan menyebabkan risiko penyakit jantung dan penyakit pernafasan semua meningkat. Elakkan bertemu dengan mereka yang pergi ke negara-negara tertentu," katanya. - Getaran, 1 Januari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 10 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar