web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zahid, Fadillah Kongsi Penghargaan Untuk UTK, Main Peranan Penting Demi Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2023 9:09PM

Kontinjen Unit Tindak Khas (UTK) PDRM ketika mengambil bahagian dalam acara perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka, Ogos tahun lalu. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sambutan ulang tahun Unit Tindak Khas (UTK) yang ke-48 hari ini turut mendapat perhatian kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menerusi hantaran di Instagram, Fadillah berkata, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

Menurut beliau, tugas tersebut digalas dengan sepenuh hati demi keamanan negara dan kesejahteraan rakyat.

Fadillah Yusof
Fadillah Yusof

“UTK adalah antara pasukan khas yang diberi tanggungjawab berat ini.

“Penghargaan dan terima kasih juga di atas kawalan keselamatan yang diberikan kepada saya sebagai Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Fadillah berkata, beliau amat menghargai jasa dan pengorbanan UTK yang begitu komited dalam memikul tugas dan amanah diberikan.

“Semoga semua warga UTK akan dilindungi Yang Maha Esa sepanjang menjalankan tugasan dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman negara,” katanya.

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

Sementara itu Zahid berkata, UTK sebagai sebuah pasukan elit di bawah PDRM harus terus tersohor sebagai sebuah unit yang bukan hanya menjaga tugas kepolisan, tetapi turut menjaga negara dan tetamu kenamaan.

“Saya yakin tugas UTK lebih besar dan berat daripada itu, mudah-mudahan ulang tahun kali ini akan terus memberikan semangat kepada pegawai dan anggota UTK seluruh negara," katanya. 

UTK ditubuhkan pada 1 Januari 1975 di bawah idea Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Hanif Omar.

Unit ini seringkali terbabit dalam tugasan sulit dan mencabar, malah memiliki tahap kerahsiaan yang cukup tinggi.

Sehingga hari ini UTK berpangkalan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. - Getaran, 1 Januari 2023


 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 16 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 16 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad