web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Doktor Cabul Pesakit: JKN Sarawak Pandang Serius Dakwaan, Utamakan Keselamatan Pesakit

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2022 12:17PM

JKN Sarawak memandang serius berhubung dakwaan berkaitan kod etika profesional seorang pengamal perubatan dan status mereka sebagai penjawat awam. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak memandang serius berhubung dakwaan berkaitan kod etika profesional seorang pengamal perubatan dan status mereka sebagai penjawat awam.

Pengarahnya, Dr Ooi Choo Huck berkata, pihak jabatan itu juga sentiasa memandang berat dan mengutamakan keselamatan pesakit yang menerima rawatan di semua fasilitinya di negeri berkenaan.

Justeru, berhubung dakwaan doktor mencabul pesakit di Kuching, Sarawak yang tercetus kini, JKN Sarawak berharap kejadian itu tidak menjejaskan penerimaan perkhidmatan rawatan dalam kalangan orang ramai.

“JKN Sarawak ingin merujuk kepada laporan media mengenai dakwaan seorang doktor mencabul pesakit sedang menerima rawatan ditahan polis di Kuching, Sarawak pada 29 Disember 2022.

“JKN Sarawak mengesahkan bahawa satu laporan polis dibuat berkaitan dakwaan tersebut pada hari sama dan satu tangkapan polis sudah dilakukan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Choo Huck berkata, kes tersebut masih dalam siasatan pihak polis.

“Justeru, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi sehingga boleh menjejaskan siasatan,” katanya.

Media melaporkan semalam, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa berkata, seorang pegawai perubatan lelaki berusia 28 tahun ditahan polis selepas dipercayai mencabul pesakit wanita di sebuah pusat perubatan di sini, kelmarin.

Penahanan suspek yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Kuching pada kira-kira jam 5.30 petang hari sama kejadian itu, dibuat selepas mangsa berusia 34 tahun, membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Mangsa mendakwa suspek mencabul kehormatannya ketika dia menjalani prosedur pemeriksaan secara bersendirian di dalam bilik rawatan.

Sekiranya sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu. – Getaran, 31 Disember 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad