web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hentakan Objek Keras, Tumpul Di Kepala Punca Kematian Kanak-Kanak 4 Tahun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 3:03PM

Jenazah kanak-kanak lelaki empat tahun dipercayai didera dibawa keluar oleh datuk saudaranya, Ruslan Ahmad (kiri), dari bilik Jabatan Perubatan Forensik HSI untuk dikebumikan di tanah Perkuburan Sungai Gatom, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Punca kematian kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dipercayai mangsa dera di Senggarang, Batu Pahat adalah disebabkan hentakan objek keras dan tumpul di kepala.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata punca kematian itu diperoleh hasil daripada proses bedah siasat yang selesai dijalankan semalam di Hospital Sultan Ismail (HSI).

"Hasil bedah siasat dibuat secara teliti dan pakar HSI mendapati bahawa punca kematian adalah blunt trauma to the head iaitu hentakan benda keras.

"Walau bagaimanapun  terdapat kesan calar, kesan gigitan.. insya-Allah siasatan kita teruskan untuk dapatkan maklumat hasil bedah siasat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor KOR Sukarelawan  Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi 2022 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Beliau berkata 10 individu termasuk ahli keluarga mangsa juga sudah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

"Kita merakam percakapan ahli keluarga dan beberapa orang saksi yang kita yakin dapat membantu siasatan dan ada lagi individu akan dipanggil untuk dirakam percakapan," katanya.

Sementara itu, lima suspek termasuk kakak dan abang ipar mangsa yang sebelum ini ditahan reman bermula Ahad hingga Sabtu ini, akan disambung reman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Gatom di sini kira-kira 5.30 petang.

Mangsa dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) sejak 23 Disember setelah dilaporkan pengsan di rumah rakan kakak kandungnya di Senggarang sebelum meninggal dunia Isnin lepas.

Kanak-kanak itu dijaga oleh kakaknya selepas ibu bapa mereka dihukum penjara kerana kesalahan dadah sebelum diserahkan kepada rakan kakaknya (pengadu) untuk dijaga.

Polis sebelum ini mengesahkan terdapat kecederaan baharu dan lama di seluruh badan mangsa dan antara kecederaan yang dapat dilihat ialah kesan dicucuh api atau benda panas termasuk di kemaluan serta gigitan di telinga.

Sehingga kini, lima individu berusia lingkungan 15 hingga 37 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan termasuk kakak mangsa berusia 19 tahun dan suaminya, 37. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Luar Negara 18 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini