web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Kenakan Tindakan Kerana Individu Berbeza Fahaman Politik, Itu Hak Mereka - Muhyiddin 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2022 7:00AM

Muhyiddin berkata beliau ada membaca berita berkenaan beberapa orang pendakwah terkenal, dilarang memberi ceramah di masjid dan televisyen. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas mana-mana pihak yang menyatakan sokongan terbuka kepada parti politik tertentu, selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, sokongan terbabit adalah hak mereka dalam sebuah negara demokrasi. 

Malah, katanya, sikap menerima pendapat setiap orang walaupun berbeza fahaman politik boleh menunjukkan bahawa pilihan raya di Malaysia dijalankan secara bebas, adil dan kompetitif sebenar. 

“Saya tahu ramai pihak berpengaruh, termasuk pendakwah bebas dan artis terkenal, memberikan sokongan terbuka kepada Perikatan Nasional pada PRU-15 lalu. 

“Ada juga pihak menyatakan sokongan terbuka kepada parti lain, termasuk Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). 

“Ini adalah hak mereka dalam sebuah negara demokrasi,” katanya menerusi hantaran Facebook malam tadi. 

Muhyiddin berkata, beliau ada membaca berita berkenaan beberapa orang pendakwah terkenal, dilarang memberi ceramah di masjid dan televisyen. 

Katanya, beliau turut maklum bahawa terdapat video TikTok ceramah pendakwah itu disekat. 

Mantan Perdana Menteri itu berkata, beliau juga menonton video tular mengenai ahli jawatankuasa (AJK) beberapa masjid di Pulau Pinang meletak jawatan kerana mendakwa terdapat campur tangan daripada kerajaan negeri, berhubung kedudukan mereka yang dipilih ahli kariah. 

“Saya berharap pihak berwajib tidak mengambil tindakan terhadap pendakwah dan AJK masjid, semata-mata kerana berlainan fahaman politik,” katanya. 

Pada masa sama, Muhyiddin berkata, pihak berwajib yang mentadbir urusan Islam, tidak seharusnya mengekang penyebaran dan pengajaran agama itu berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jemaah secara ketat, sehingga menafikan umatnya menimba ilmu di tempat perhimpunan orang Islam. 

“Demikian juga pengurusan masjid yang dibuat dengan memilih AJK secara demokratik oleh ahli kariah, (ia) tidak harus dipolitikkan dengan menafikan jemaah Islam menguruskan masjid mereka sendiri,” katanya. 

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai tangkap layar WhatsApp mendedahkan penceramah, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah disekat menjadi panel dalam program Forum Perdana Ehwal Islam terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM). 

Halangan itu didakwa atas arahan menteri, namun Mohd Ridhuan enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan berkenaan. - Getaran, 27 Disember 2022

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga