Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jangan Sebar Tuduhan Palsu Bersifat Rasis, Melampau - Kit Siang

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2022 8:04PM

Menurut Lim Kit Siang, pemimpin berkenaan mewujudkan pemahaman negatif dengan mengatakan bahawa itulah punca DAP menyokong pilihan raya kerajaan tempatan diadakan semula - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - DAP menyifatkan dakwaan kononnya peratusan keluar mengundi yang buruk dalam kalangan pengundi Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebagai naratif palsu bersifat rasis dan melampau. 

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, tidak wajar bagi ahli politik menyebarkan naratif palsu itu berikutan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin tidak akan bertoleransi terhadap cubaan untuk menghasut perasaan syak wasangka dan kebencian antara kaum dan agama.

“Pemimpin ini mendakwa kononnya orang bukan Islam keluar mengundi secara beramai-ramai dari dekat dan jauh untuk menyokong DAP. 

“Kadar keluar mengundi dalam kalangan orang bukan Islam berada pada 98 peratus berbanding dengan hanya 60 peratus dalam kalangan orang Islam,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Walaupun Kit Siang tidak menamakan pemimpin parti politik terbabit, kenyataan itu dipercayai merujuk kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Terdahulu, Hadi meluahkan kekesalannya kerana hanya sekitar 60 peratus orang Islam yang keluar mengundi pada PRU-15 yang lalu dengan memberi pelbagai alasan termasuk menunaikan ibadah haji serta umrah.

Malah beliau mendakwa, kira-kira 98 peratus orang bukan Islam dari seluruh negara dan pelosok dunia yang jauh dikerah untuk mengundi bagi mendapatkan kuasa dalam Malaysia dengan menyokong DAP dan rakan komponennya, walaupun mereka mengeluarkan belanja sendiri.

Dalam pada itu, Kit Siang berkata, pemimpin politik tersebut juga sebelum ini membantah pilihan raya kerajaan tempatan atas alasan kononnya demokrasi tempatan hanya akan memberikan manfaat kepada komuniti Cina. 

Menurut beliau, pemimpin berkenaan mewujudkan pemahaman negatif dengan mengatakan bahawa itulah punca DAP menyokong pilihan raya kerajaan tempatan diadakan semula.

“Tuduhan yang mengatakan DAP hanya mengambil kira pengundi Cina dan mengabaikan kepentingan kaum dan pihak lain merupakan denyut dan nadi bandar majmuk pelbagai kaum dan agama bukan sahaja tidak berasas, malah dinafikan oleh Bancian Populasi dan Perumahan Malaysia pada 2020 dan 2010.

“Menurut Bancian Populasi dan Perumahan 2020, tiga perempat dari rakyat Malaysia kini tinggal di kawasan bandar, dengan kebanyakan penduduk bandar dari kalangan golongan Bumiputera.

“Kira-kira 14.1 juta atau 62.2 peratus penduduk bandar adalah golongan Bumiputera, diikuti etnik Cina seramai 6.4 juta atau 28.6 peratus, etnik India (1.8 juta atau 8.1 peratus), dan lain-lain etnik (0.2 juta atau 0.7 peratus),” katanya.

Sementara itu, Kit Siang berkata, kadar peratusan Bumiputera juga bertambah berbanding dengan bancian sebelum ini pada 2010, di mana 58.9 peratus penduduk bandar adalah dari etnik tersebut.

“Perkara ini mencerminkan demografi negara, dan jauh berbeza dengan demografi kawasan bandar pada tahun 1970-an di mana hanya kira-kira satu pertiga populasi Malaysia tinggal di bandar.

“Saya minta kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak bertoleransi terhadap hasutan syak wasangka dan sifat kebencian antara kaum dan agama dalam masyarakat majmuk kerana perkara itu boleh memusnahkan negara," katanya. - Getaran, 25 Disember 2022

Sorotan

1

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

2

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

Semasa 6 jam yang lalu

Keputusan Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Minggu Depan

Semasa 10 jam yang lalu

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan, Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Guna Hubungan Baik Pelbagai Negara Bantu Henti Kekejaman Di Gaza - PM