web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Terima Kasih Pasukan SAR’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2022 10:04AM

Semua agensi terlibat dengan operasi mencari dan menyelamat tragedi tanah runtuh di Batang Kali menerima taklimat. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di tapah perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, Selangor.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua petugas media yang bertungkus-lumus menyampaikan perkembangan dari semasa ke semasa sejak hari pertama tragedi menyayat hati itu.

“Setinggi-tinggi penghargaan buat semua yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat yang berakhir pada hari ini (semalam).

“Salam takziah buat semua keluarga mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan turut berterima kasih kepada pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) daripada pelbagai agensi itu mengerah keringat mencari mangsa tragedi berkenaan.

“Jasa bakti anggota pasukan SAR yang terlibat amat dihargai,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari juga merakamkan penghargaan kepada semua anggota penyelamat dalam operasi SAR itu.

Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terbabit.

“Jutaan terima kasih atas pengorbanan. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa terakhir yang ditemui petang ini (semalam),” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Usaha pencarian mangsa terakhir tragedi berkenaan berakhir semalam, selepas mayat mangsa ke-31, iaitu kanak-kanak lelaki dipercayai berusia lingkungan antara tujuh tahun hingga 12 tahun ditemukan pasukan SAR pada jam 4.53 petang semalam.

Mayat kanak-kanak itu dijumpai dalam beg tidur (sleeping bag) pada kedalaman tanah 1.5 meter dan di tebing bukit, kira-kira empat meter dari tapak perkhemahan Sektor A (hill view).

Dalam tragedi 16 Disember itu, seramai 92 mangsa terbabit, dengan 61 daripadanya terselamat, manakala 31 terkorban, membabitkan 18 individu dewasa dan 13 kanak-kanak. - Getaran, 25 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Solat Jumaat, Hadir Jamuan Aidilfitri Bersama Warga Batang Kali

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Anwar Ajak Rakyat Sertai Jamuan Raya Di Batang Kali Hari Ini

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Nyawa Jadi Taruhan, Pasukan Penyelamat Palestin Gigih Bantu Penduduk

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 22 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad