Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pencemaran Loji Rawatan Air, Kerajaan Selangor Laksana 4 Langkah Drastik Atasi Pencemaran

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2022 9:11PM

Pencemaran itu disebabkan tumpahan pati minyak wangi di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) berdekatan Bandar Serenia, Negeri Sembilan. - Gambar dari Facebook LUAS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor sudah melaksanakan empat langkah serta-merta bagi menangani pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir yang menyebabkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg Semenyih) dan LRA Bukit Tampoi, dihentikan sementara operasi bermula hari ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, usaha itu dilaksanakan melalui agensi, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

Katanya, ia termasuk meletakkan tiga oil boom dan satu kotak oil pad di sekeliling kawasan pencemaran bagi pencegahan awal serta meletakkan 12 beg Activated Carbon (AC) untuk mengurangkan kesan pencemaran

 Amirudin Shari - Gambar fail
Amirudin Shari - Gambar fail

“(Usaha) Menyedut sisa cecair berkenaan oleh kontraktor dilantik LUAS menggunakan bantuan dua lori tanker sedut milik pihak Indah Water Konsortium (IWK), turut dilaksanakan

“(Selain itu) Melepaskan air Empangan Sungai Semenyih pada kadar 360 juta liter sehari (JLH), bagi meningkatkan kadar pencairan di sungai itu untuk mengurangkan kesan bau pencemaran,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, LRA Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas  pada jam 2 pagi hari ini, ekoran pencemaran itu, manakala LRA Sungai Tampoi mengalami nasib sama pada jam 6 pagi.

Menurutnya, pencemaran itu disebabkan tumpahan pati minyak wangi di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) berdekatan Bandar Serenia, Negeri Sembilan.

Tumpahan membabitkan 1,000 liter pati minyak wangi itu, katanya, menyebabkan pencemaran bau.

Keputusan itu, jelasnya, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Amirudin berkata, pihak Air Selangor juga sedang menggerakkan 85 buah lori tangki air ke kawasan terkesan, selain menghantar tangki statik bagi membantu meringankan beban pengguna.

“Saya memohon maaf atas kejadian yang berlaku pada malam sebelum sambutan Krismas dan menyesali hakikat bahawa kemalangan di luar Selangor, turut memberi kesan kepada rakyat negeri ini.

“Saya sudah berhubung dengan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta akan berusaha sedaya upaya memulihkan bekalan air secepat mungkin, bagi kemudahan semua rakyat,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan, ekoran henti tugas di dua LRA itu, sebanyak 472 kawasan di lima wilayah pentadbiran Air Selangor dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 7 pagi ini.

“(Ini membabitkan) 172 kawasan di Petaling, Hulu Langat (54), Sepang (196), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (27) dijangka akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual,” menurutnya.

Air Selangor memberitahu, pihaknya akan memaklumkan perkembangan berkaitan insiden itu dari semasa ke semasa menerusi semua medium.

“Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

“Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” katanya. – Getaran, 24 Disember 2022

Sorotan

1

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

2

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

3

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

4

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

5

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

6

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

7

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

Semasa 48 minit yang lalu

Κenaikan Gaji Penjawat Awam Tidak Harus Didebatkan - Sim

Politik 1 hari yang lalu

"Berangan Boleh, Tapi Siapkan Dulu Projek Untuk Rakyat" - Pesan Mahfuz 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 15 jam yang lalu

Keputusan Rayuan Siti Bainun Terhadap Hukuman Penjara 12 Tahun Esok