web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masa Untuk Melangkah Ke Depan, ‘Saya Maafkan Kritikan Semua’ – Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2022 4:31PM

Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ‘sudah tiba masanya untuk kita semua bergerak ke depan’ dan bekerja untuk membantu rakyat dari semua kaum serta agama - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua parti politik dan ahli gabungan Kerajaan Perpaduan supaya bergerak ke hadapan serta tidak ‘menoleh ke belakang’, sebaliknya menumpukan kepad usaha membantu rakyat.

Mengakui perbezaan fahaman politik menjadi antara sebab mereka pernah berbalah, Presiden UMNO itu berkata, semua pihak berkepentingan kini harus berusaha ke arah titik persamaan dan mengekalkan kestabilan politik demi kebaikan negara.

Zahid berkata, beliau sudah ‘memaafkan’ semua pihak yang menimbulkan persepsi negatif terhadap beliau, UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Mari kita hentikan salah faham itu. Secara peribadi, saya sudah maafkan mana-mana pihak, individu dan organisasi yang menimbulkan persepsi negatif terhadap saya serta BN. Saya sudah memaafkan anda semua.

“Tetapi nasihat saya jangan buat lagi,” sindirnya yang membuatkan hadirin ketawa.

Zahid berkata demikian pada majlis makan tengah hari di Batu 8, Shah Alam yang diadakan sebagai penghargaan terhadapnya kerana bersama-sama membentuk Kerajaan Perpaduan.

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjaya menyatukan parti berbeza ideologi dan mewujudkan kerajaan stabil.

“Negara kita diberkati Tuhan bukan sahaja kerana kita berkongsi ideologi sama, tetapi juga atas rasa kebersamaan sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, Zahid berkata, walaupun BN mencatatkan prestasi terburuk semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan hanya memenangi 30 kerusi, ‘ditakdirkan’ untuk parti itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang memenangi 82 kerusi.

“Tuhan sudah mentakdirkan 82 kerusi mereka ditambah 30 kerusi kita (BN), cukup untuk majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

“Daripada situ kita lihat parti lain bekerjasama membentuk kerajaan ini, memberikan sokongan majoriti 2/3 atau 148 kerusi Parlimen,” katanya.

Zahid kemudian sekali lagi mengulangi bahawa ‘sudah tiba masanya untuk kita semua bergerak ke depan’ dan bekerja untuk membantu rakyat dari semua kaum serta agama. – The Vibes, 24 Disember 2022

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad