web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Data JPJ Diguna Pakai Tentukan Subsidi Bersasar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2022 3:25PM

Salahuddin berkata pangkalan data JPJ misalnya boleh digunakan untuk subsidi petrol RON95 memandangkan kerajaan dapat mengenal pasti golongan yang layak menerima subsidi berdasarkan jenis kuasa kuda (cc) kenderaan dimiliki. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pangkalan data dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah antara elemen akan diguna pakai kerajaan dalam mengenal pasti penerima subsidi bersasar membabitkan minyak petrol.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pihaknya telahpun berbincang mengenai perkara itu dengan Kementerian Kewangan, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan ada data daripada JPJ melibatkan kenderaan.

“Jadi daripada segi data itu (subsidi bersasar) sudah hampir lengkap untuk kita memberikan pandangan dan memberikan data itu kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tentang bagaimana kita boleh buat subsidi bersasar ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Projek Perumahan Rakyat (PPR)  Melana Indah, Fasa 1, di sini hari ini.

Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub

Beliau berkata pangkalan data JPJ misalnya boleh digunakan untuk subsidi petrol RON95 memandangkan kerajaan dapat mengenal pasti golongan yang layak menerima subsidi berdasarkan jenis kuasa kuda (cc) kenderaan dimiliki. 

Beliau berkata kertas cadangan mengenai subsidi bersasar sebelum ini telahpun dibentangkan ketika mesyuarat  Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) yang dipengerusikan perdana menteri pada Selasa lepas.

“Perdana Menteri telah memberikan arahan supaya perkara itu (mekanisme subsidi bersasar) diteliti. Tetapi buat masa ini kerajaan masih lagi meneruskan polisi yang ada iaitu kita tidak menarik balik (subsidi) ataupun tidak menaikkan sebarang tarif yang kita rasa boleh membebankan rakyat 

“Jadi polisi itu masih diteruskan sehinggalah kabinet memutuskan mengenai itu (subsidi bersasar) kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai rancangan kerajaan terutama KPDN yang juga sekretariat kepada NACCOL mengenai mekanisme subsidi bersasar dan pelaksanaannya.

Sementara itu, ahli Parlimen Pulai itu berkata pihaknya juga mengenal pasti usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) adalah antara golongan membeli minyak masak bersubsidi, yang segelintir besarnya daripada golongan B40.

“Jadi kita kompromi mengenai itu dan satu mekanisme telah saya nyatakan kepada Perdana Menteri supaya kita cari jalan bagaimana pihak IKS yang berada dalam kategori B40 juga boleh menggunakan minyak (masak) bersubsidi ini,” katanya.

Selain itu, Salahuddin turut mengingatkan agar penguat kuasa KPDN bersifat ‘mesra rakyat’ terhadap kesalahan-kesalahan kecil yang dilakukan peniaga dan penjaja kecil sekali gus memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada mereka.

“Ini penting bagi kita menyahut seruan Perdana Menteri supaya penjaja-penjaja kecil ini diberikan perhatian. Mereka perlu bangun daripada krisis ekonomi dan pasca-COVID-19 dan mereka perlu diberikan perhatian,” katanya.

Bagaimanapun, kerajaan tidak akan berkompromi dengan tindakan penyalahgunaan dan penyeludupan minyak bersubsidi ke negara jiran dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

5

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

6

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 21 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad