web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kesakitan Selepas Pembedahan Tak Halang Mohd Sany Angkat Sumpah Di Dewan Rakyat 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2022 2:16PM

Mohd Sany dibenarkan mengangkat sumpah daripada tempat duduknya. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesakitan akibat pembedahan tidak menghalang Mohd Sany Hamzan (Hulu Langat-PH) menghadiri mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 hari ini untuk mengangkat sumpah jawatan. 

Menyedari keadaan itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul membenarkan Ahli Parlimen Parti Amanah Negara (AMANAH) berkenaan mengangkat sumpah di kerusinya, berbanding Ahli Parlimen lain yang berbuat demikian di hadapan beliau. 

“Saya telah menerima notis daripada Hulu Langat mengenai keadaan kesihatannya di mana beliau menjalani pembedahan minggu lepas dan tidak dibenarkan berjalan. 

“Oleh itu, saya membenarkan beliau mengangkat sumpah dari tempat duduknya,” kata Johari. 

Mohd Sany yang berpakaian baju Melayu hitam lengkap bersongkok dan samping pelbagai warna, mengangkat sumpah sebelum majlis diteruskan dengan Ahli Parlimen lain. 

Pengarah Mobilisasi AMANAH itu kemudiannya mengesahkan ketika dihubungi, beliau menjalani pembedahan kecil sehingga menyebabkan kakinya sakit, tetapi tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenainya. 

Prosedur itu dilakukan pada 13 Disember lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). 

Mohd Sany adalah seorang daripada 222 Ahli Parlimen yang mengangkat sumpah di Dewan Rakyat selepas dilantik ke jawatan itu pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Terdahulu, Dewan Rakyat mengundi Johari sebagai Speaker dengan menyaksikannya mendapat 147 undian, mengatasi calon pembangkang, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (74 undian). 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menguji keabsahan beliau melalui undi percaya hari ini. - The Vibes, 19 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

24 Nyawa Melayang 5 Bulan Pertama, Kemalangan Akibat Pemandu Mabuk, Positif Dadah 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

Sorotan

1

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

2

PRN Johor: BN Isytihar Kemenangan, Catat Majoriti Mudah Dalam Keputusan Tak Rasmi 

3

PRN Johor: Dr Maszlee Dahului Perebutan DUN Puteri Wangsa (TAK RASMI) 

4

PRN Johor: Onn Hafiz Kekal Kuasai Machap (TAK RASMI)

5

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

6

PRN Johor: Proses Kiraan Undi Dimulakan 5 PM - SPR

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Melaka Meningkat 1,000 Orang, 2 Daerah Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Dr Maszlee Dahului Perebutan DUN Puteri Wangsa (TAK RASMI) 

oleh Amirah Abu Bakar