web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kawasan Berbukit Didakwa Dibangunkan, ‘Dapatkan Fakta, Jangan Main Tuduh’ – Exco Selangor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2022 11:45AM

Hee Loy Sian berkata dakwaan dibuat badan pemantau hutan Malaysia, Projek Pendedahan Rimba (RDP) itu adalah palsu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Dapatkan fakta dengan betul sebelum menuduh kerajaan negeri, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar Selangor, Hee Loy Sian terdapat dakwaan bahawa lebih 5,700 hektar Genting Highlands dan kawasan berbukit sekitarnya, sudah diluluskan untuk pembangunan.

Beliau berkata, dakwaan dibuat badan pemantau hutan Malaysia, Projek Pendedahan Rimba (RDP) itu adalah palsu.

“Saya menafikan tuduhan itu. Mereka meneka, maklumat itu salah.

“Mereka (RDP) perlu mendapatkan fakta mereka menuding jari kepada kerajaan negeri,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Sehari selepas kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor, RDP mengeluarkan kenyataan mendakwa lebih 5,700 hektar kawasan yang membabitkan 5,000 hektar untuk rancangan tempatan daerah Bentong, 316 hektar daripada draf rancangan kawasan khas Genting serta 248.7 hektar, 125 hektar dan 14.5 hektar diperuntukkan bagi tiga pembangunan swasta.

“Pelan kawasan khas Genting mencadangkan pembangunan di kawasan yang bersebelahan Father’s Organic Farm, iaitu tapak tanah runtuh. Ia juga mencadangkan untuk membina jalan baharu mendaki bukit berasingan (Gunung Bunga Buah) dan pembangunan bersebelahan, termasuk pangsapuri serta rumah bertingkat tinggi dari Gohtong Jaya ke puncak Genting Highlands dan di sepanjang permatang Ulu Kali.

“Rancangan tempatan daerah Bentong mencadangkan kawasan seluas 5,000 hektar yang kebanyakannya bergunung-ganang di timur Genting Highlands dan sekitar Janda Baik dizonkan untuk perumahan, lot komersial dan kegunaan tanah bukan hutan lain. Tanah ini bertindih dengan zon peringkat 1 dan 2 kawasan sensitif alam sekitar (ESA).

“Cadangan pembangunan swasta seluas 125 hektar adalah dalam hutan simpan mengikut data kerajaan dan bertindih dengan zon peringkat 1 dan 2 ESA,” katanya.

Selain itu, pihak terbabit mendakwa dua lagi plot, iaitu 248.7 hektar dan 14.5 hektar berkenaan adalah diperuntukkan untuk projek yang sedang dijalankan dan masing-masing berada dalam zon peringkat 1 ESA serta zon peringkat 2.

“Demi keselamatan awam, kami menyeru pihak berkuasa di Selangor dan Pahang untuk menghentikan serta-merta semua kerja pembinaan semasa. (Kami minta) untuk meninggalkan cadangan yang mengejutkan di bawah rancangan tempatan daerah Bentong dan rancangan kawasan khas Genting, selain berusaha menghutanan semula semua kawasan rosak,” katanya.

Seramai 94 mangsa terbabit dalam insiden tanah runtuh itu yang berlaku pada Jumaat lalu dan daripada jumlah terbabit, 61 dilaporkan selamat, manakala 24 meninggal dunia serta sembilan masih hilang.

Kejadian itu dilaporkan berlaku apabila tanah runtuh berhampiran ladang organik berkenaan, menghempap tapak perkhemahan yang berdekatan dengan jalan.

Usaha mencari dan menyelamat dibantu beberapa agensi, iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Operasi turut dibantu anjing unit pengesan (K9) yang bertungkus-lumus dalam operasi mengesan dan menyelamat mangsa. – The Vibes, 19 Disember 2022

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad