web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh: Tiada Mangsa Ditemui Hari Ketiga Misi, Angka Kematian Kekal 24

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2022 8:24PM

Operasi pencarian diketuai JBPM pada hari ketiga diteruskan dan setakat ini masih gagal mengesan mangsa baharu. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR) kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor gagal menemui mangsa baharu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, pencarian itu menggunakan lapan jentera jengkaut dan Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), namun tidak berhasil menemukan mangsa.

“Operasi pencarian diketuai JBPM kini diteruskan dan setakat ini, masih gagal mengesan mangsa (baharu),” katanya.

Beliau berkata, mengenai 24 mangsa yang meninggal dunia, waris 21 mangsa sudah tampil membuat pengecaman dan menuntut mayat.

“Satu lagi mayat kini dalam proses pengecaman dan pengesahan cap jari,” katanya pada sidang media di lokasi hari ini.

Suffian berkata, pihak polis sedang membuat semakan pemilik tujuh kenderaan yang terbabit dalam runtuhan bagi mengenal pasti pemiliknya.

“Semakan sedang dijalankan dan (menerusi) cara itu juga, mungkin akan dapat kenal pasti jika ada di antara pemilik kenderaan itu adalah mangsa yang belum ditemui,” katanya.

Seramai 94 mangsa terbabit dalam insiden terbabit dan daripada jumlah itu, 61 dilaporkan selamat, manakala 24 meninggal dunia dan sembilan masih hilang.

Pada pagi Jumaat, negara dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di kawasan itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi hari kejadian dan tiba di lokasi kira-kira jam 3 pagi.

Kejadian itu dilaporkan berlaku apabila tanah runtuh berhampiran ladang organik berkenaan, menghempap tapak perkhemahan yang berdekatan dengan jalan.

Usaha mencari dan menyelamat dibantu beberapa agensi, iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Ia turut dibantu anjing unit pengesan (K9) yang bertungkus lumus dalam operasi mengesan dan menyelamat mangsa. - Getaran, 18 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Meningkat Lebih 1,000

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebuah Rumah Banglo Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bangsar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Mayat Mangsa Tanah Runtuh Cameron Highlands Berjaya Dikeluarkan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 16 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam