web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jenazah Nurul Azmani Selamat Dikebumi, ‘Dia Sepatutnya Pulang Ke Kampung…’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2022 7:19AM

Ahli keluarga dan sahabat handai yang hadir mengaminkan bacaan doa pada pengebumian Allahyarham Nurul Azwani Kamarulzaman di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh malam tadi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jenazah seorang daripada mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, Selangor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (KL-Karak), Taman Selasih di sini pada 10 malam tadi.

Ibu Allahyarham, Siti Esah Hassan, 53, berkata jenazah Nurul Azmani Kamarulzaman, 31, dibawa ke tanah perkuburan selepas selesai solat jenazah di Masjid Abu Hurairah Kampung Batu 5, Jalan Ipoh di sini.

Siti Esah berkata, Allahyarham merupakan anak sulung daripada tiga beradik yang bekerja sebagai penolong kantin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Mun Choong.

"Allahyarham menyertai perkhemahan itu kerana mengikut majikannya yang juga guru di sekolah tersebut dan dia sudah berjanji untuk pulang ke kampung selepas habis aktiviti perkhemahan itu.

"Rabu lepas, Allahyarham ada menghubungi saya pada malam sebelum hari kejadian untuk memberitahu dia sudah membeli tiket untuk pulang ke kampung di Kelantan yang sepatutnya semalam (kelmarin),” katanya kepada pemberita di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah.

Allahyarham adalah antara 24 mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh yang berlaku pada jam 2.42 pagi Jumaat lalu.

Setakat jam 9 malam tadi, seramai sembilan mangsa masih hilang manakala 61 lagi berjaya diselamatkan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 6 hari yang lalu

Hilang 2 Minggu, Jaslinda Akhirnya Ditemui Selamat

2

Semasa 2 bulan yang lalu

6 Sekeluarga Dilaporkan Hilang Disahkan Selamat - Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jenazah ADUN Sungai Bakap Selamat Dikebumi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad