web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tapak Perkhemahan Berisiko Tinggi Seluruh Negara Ditutup Serta-Merta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 3:21PM

Jalan masuk ke Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor, ditutup bagi membolehkan usaha menyelamat dijalanlan. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATANG KALI - Semua tapak perkhemahan berhampiran sungai dan lokasi berisiko tinggi di seluruh negara, diarah dihentikan operasi serta ditutup selama tujuh hari berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, arahan itu dikeluarkan kepada 155 pihak berkuasa tempatan (PBT) pagi ini.

Ia susulan kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor pagi tadi yang menyaksikan 16 terkorban setakat ini.

Nga Kor Ming melawat kawasan tanah runtuh berhampiran Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor, hari ini. - Gambar oleh Alif Omar
Nga Kor Ming melawat kawasan tanah runtuh berhampiran Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor, hari ini. - Gambar oleh Alif Omar

“Arahan tersebut dikeluarkan susulan ramalan hujan lebat berterusan selama lima hari, ekoran Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka esok.

“Saya tidak mahu lihat lagi kejadian seperti ini berulang.

“Semua tapak perkhemahan di tepi sungai, air terjun dan lereng bukit yang berbahaya akan dikosongkan selama tujuh hari, sehingga kerajaan keluarkan arahan baharu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu, Kor Ming merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terbabit dalam kejadian terbabit.

Mengakui sedih dengan insiden tersebut, beliau menasihatkan orang supaya lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti riadah di mana-mana lokasi, terutamanya kawasan berisiko tinggi untuk mengalami bencana.

“Saya sangat sedih dengan kejadian ini dan bagi pihak kerajaan, saya ingin mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa terkorban.

“Saya merayu kepada ibu bapa supaya memilih lokasi selamat untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga sempena musim cuti sekolah.

“Tiada apa yang lebih penting daripada keselamatan diri sendiri dan keluarga sepanjang menjalankan aktiviti riadah,” katanya.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi ini dan tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 3 pagi.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Kuala Kubu Bharu, BBP Rawang, BBP Genting Highlands, BBP Sentosa, BBP Ampang, BBP Pandan, BBP Kota Anggerik, BBP Kajang, BBP Andalas dikerahkan ke lokasi.

“Ketika ini misi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilaksanakan,” katanya.

Usaha mencari dan menyelamat dibantu beberapa agensi, iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART). - Getaran, 16 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 3 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 20 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad