web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh: Wanita Hamil Dimasukkan Ke Unit Kecemasan, Seorang Cedera Tulang Belakang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 12:10PM

Salah seorang daripada mangsa yang telah diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor hari ini. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SELAYANG - Seramai 13 disahkan meninggal dunia setakat jam 11 pagi ini dalam kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor hari ini.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, sebahagian daripada mayat itu sudah dihantar ke Hospital Sungai Buloh, manakala beberapa masih di tempat kejadian.

Seramai 94 mangsa ditemui, dengan 69 daripadanya selamat manakala 25 masih hilang ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan.

Pada masa sama tujuh individu yang cedera sedang menerima rawatan di tiga hospital.

Ia termasuk tiga pesakit termasuk seorang wanita hamil yang berada di bahagian kecemasan Hospital Selayang, manakala tiga dirawat di Hospital Kuala Kubu Baru.

“Seorang daripada mangsa sudah dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur akibat kecederaan tulang belakang,” katanya.

“Mangsa itu kini dalam pemerhatian dan sedang menerima rawatan diperlukan. Beberapa kecederaan mereka agak teruk, dengan seorang daripadanya mengalami kecederaan perut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Hospital Selayang selepas diberi taklimat mengenai keadaan mangsa di sini.

Pada masa sama, Dr Zaliha berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menyelaraskan usaha dengan pegawai di pelbagai hospital dan klinik, terutama yang berhampiran dengan lokasi kejadian, sebaik kementerian menerima maklumat mengenai bencana itu kira-kira jam 2.29 pagi.

Setakat ini 25 orang masih hilang, manakala usaha SAR dengan lebih 200 anggota sedang dijalankan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa menteri kabinetnya juga dijangka melawat kawasan itu hari ini. – The Vibes, 16 Disember 2022

Sorotan

1

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 43 minit yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad