KUALA LUMPUR - Dua disahkan meninggal dunia, manakala tiga cedera dan 51 masih belum ditemui dalam kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor awal pagi ini.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan, sejumlah 79 orang mangsa terlibat dengan kejadian itu.


“Seramai 23 orang selamat, dua orang meninggal dunia, tiga orang cedera dan 51 orang masih tidak ditemui.
“Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan JBPM serta dibantu beberapa agensi, iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pasukan SMART.
