web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tidak Curiga Jutaan Wang Dideposit Ke Akaun Najib Kerana Beliau Perdana Menteri - Saksi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2022 8:07PM

Najib Razak - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa tidak timbul sebarang curiga apabila terdapat transaksi wang masuk melibatkan jutaan ringgit ke dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2011 dan 2012 kerana akaun itu milik Perdana Menteri ketika itu.

Bekas Pengurus Perhubungan AmBank Joanna Yu Ging Ping, 51, berkata beliau dan pihak atasannya tidak mensyaki dana itu daripada sumber haram kerana pemegang akaun adalah Najib.

Saksi pendakwaan ke-41 itu berkata demikian ketika disoal peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan bekas perdana menteri itu membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Muhammad Shafee: Kamu berurusan dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low. Berurusan dengan Nik Faisal Ariff Kamil (bekas ketua pegawai pelaburan 1MDB). Kamu tidak syak wang itu datang dari sumber haram?

Yu: Itu akaun perdana menteri (Najib). Saya percaya orang atasan semua menyedarinya.

Muhammad Shafee: Baik kamu mahupun pegawai kamu tidak ada sedikit pun syak wasangka bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan wang itu.

Yu: Kami akan melaporkannya. Pada pemahaman saya, pengarah urusan AmBank ketika itu, Cheah Tek Kuang, telah bertemu dengan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM). Kami menerimanya kerana ia tidak menyalahi undang-undang.

Saksi itu kemudian bersetuju dengan peguam bahawa jika terdapat sebarang syak wasangka, BNM akan dimaklumkan dengan segera.

"Saya dimaklumkan bahawa tujuan wang dikreditkan ke dalam akaun Datuk Seri (Najib) adalah tujuan derma atau hadiah peribadi," katanya.

Muhammad Shafee kemudian beralih ke akaun Najib, menyoal Yu mengenai siapa yang mencadangkan bahawa Najib mahu membuka akaun dengan AmBank.

Saksi itu berkata Jho Low memberitahunya bahawa Najib mahu membuka akaun dengan AmBank, dan beliau terkejut apabila mendengarnya.

Muhammad Shafee: Kamu tidak terfikir PM (Najib) perlu (buka akaun) dengan AmBank? Adakah bank teruk sehingga kamu tidak menjangkakannya?

Yu: Tidak, tetapi saya tidak ingat apa-apa urusan saya. Mereka (ahli politik) biasanya menggunakan CIMB atau Maybank.

Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

3

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad