web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ridhuan Tee Sahkan ‘Dikeluarkan’ Daripada Forum Perdana

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2022 4:12PM

Ridhuan Tee menerima mesej daripada Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung perkara itu, semalam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengesahkan bahawa beliau dikeluarkan pada saat terakhir sebagai penceramah dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam anjuran RTM.

Bercakap kepada Getaran ketika dihubungi hari ini, Mohd Ridhuan mendakwa, beliau menerima mesej daripada Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung perkara itu, semalam.

“Berdasarkan pemakluman yang diterima itu, arahan tersebut datang daripada Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil,” katanya.

Mengakui terkilan dengan notis tersebut, pendakwah terkemuka berkenaan memberitahu, pemakluman diterimanya tidak menyertakan sebarang alasan yang munasabah.  

“Saya cuma dimaklumkan bahawa jemputan terhadap saya dibatalkan atas arahan Menteri Komunikasi dan Digital tanpa sebarang alasan. Tiada hitam putih sedangkan surat jemputan sudah diberikan sejak sebulan lalu.

“Saya agak terkilan juga kerana saya menyertai program Forum Perdana tersebut sejak 1990-an lagi, ketika ia mula-mula bersiaran di televisyen. Jadi apabila mendapat notis tersebut saya tertanya-tanya apa alasannya,” katanya, kesal.

Mohd Ridhuan berkata, pembatalan tersebut jelas bercanggah dengan prinsip kebebasan bersuara yang diperjuang kerajaan selama ini.

“Sebelum ini, individu yang sama kerap memperjuangkan isu kebebasan untuk bersuara, tapi apabila sudah ada kuasa, lain pula yang dibuatnya,” katanya.

Mohd Ridhuan berkata, beliau enggan memperbesar isu tersebut namun berhak untuk mendapatkan penjelasan berhubung tindakan dikenakan ke atasnya itu.

Getaran diberitahu, notis pembatalan jemputan tersebut hanya dikeluarkan ke atas Mohd Ridhuan dan tidak melibatkan panel lain.

“Forum masih berjalan cuma saya saja yang dikeluarkan,” katanya.

Berdasarkan poster yang dikeluarkan sebelum ini, Forum Perdana Hal Ehwal Islam bersiaran malam esok dari Auditorium Angkasa, Kelana Jaya bakal menampilkan Mohd Ridhuan dan seorang lagi pendakwah bebas, Datuk Mohammad Kazim Elias. - Getaran, 14 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

Pingat Tan Sri Kit Siang Jadi Pertikaian, Kerajaan MADANI Dianggap Terdesak

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

‘Sanusi, Jangan Campur Tangan Kempen Di Negeri Sembilan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Sanusi Dakwa Kenyataan Diputar Belit, Bakal Buat Laporan Polis 

oleh Sophia Ahmad