web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Didakwa ‘Rancang Sesuatu’ Bersama Muhyiddin, Ismail Sabri Arah Peguam Saman Fitnah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2022 12:43PM

Ismail Sabri - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu menyebarkan fitnah yang mendakwa beliau bertemu dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.

Menurut Malaysiakini, Ismail Sabri telah mengarahkan peguamnya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap khabar angin sedemikian, yang dipercayai mula tersebar berikutan ketidakhadiran Naib Presiden UMNO berkenaan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada 8 Disember lalu.

“Kalau nak fitnah orang, biarlah munasabah. Kalau dalam rekod Imigresen, saya tak keluar negara. Maknanya saya dalam negaralah.

“Saya sudah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemfitnah itu,” katanya.

Jelasnya, ketika mesyuarat MKT pada 8 Disember, beliau sedang menikmati nasi daun pisang bersama wartawan veteran sebelum menghadiri majlis perasmian perlumbaan kereta pacuan empat roda terkenal, Rainforest Challenge International di Bera, Pahang petang itu.

Selepas Ismail Sabri tidak hadir pada mesyuarat tersebut, mesej oleh individu tidak dikenali mendakwa Ahli Parlimen Bera itu “sedang merancang sesuatu” di Jakarta bersama Muhyiddin tersebar di media sosial.

Selain Ismail Sabri, seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid turut tidak hadir dalam mesyuarat tersebut malam itu.

Satu-satunya Naib Presiden UMNO yang hadir dalam mesyuarat itu, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, memberitahu pemberita ketika itu bahawa Ismail Sabri mempunyai “satu lagi acara untuk dihadiri”. - The Vibes, 14 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Saman Bapa Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran