web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pecat Annuar Kerana Presiden Rasa ‘Tidak Selamat’ - Penganalisis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2022 7:06AM

Annuar Musa - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Tindakan UMNO memecat Ketua Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menunjukkan bahawa Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasa ‘tidak selamat’ jika tiada tindakan diambil ke atas individu yang menentangnya.

Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Kartini Aboo Talib, berkata Annuar dilihat tidak ‘sebulu’ dengan Presidennya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), walaupun beliau tetap akur dengan keputusan Ahmad Zahid meletakkan muka baharu sebagai calon di Parlimen Ketereh.

Menurut beliau, keputusan menggugurkan Annuar menyebabkan sokongan ke atas Barisan Nasional (BN) beralih kepada Perikatan Nasional (PN), malah beliau juga tidak menghalang perkara itu bersandarkan dasar kebebasan mengundi.

Dr Kartini Aboo Talib
Dr Kartini Aboo Talib

“Pendek kata, pada Presiden UMNO, mana-mana ahli UMNO yang menyatakan sokongan kepada (Pengerusi PN) Tan Sri Muhyiddin (Yassin) sama ada secara tersirat atau tersurat harus dikeluarkan dari UMNO sebagai langkah mencegah duri dalam daging.

“Pada masa sama, Ahmad Zahid pasti tidak mahu ada ‘puak’ Tan Sri Annuar Musa bangun menentang beliau,” katanya kepada Getaran.

Jelasnya lagi, golongan ‘duri dalam daging’ di dalam UMNO juga menimbulkan kebimbangan kepada Ahmad Zahid terutamanya membabitkan isu sokongan.

“Duri dalam daging bagi Ahmad Zahid ialah apabila beliau merasakan pemimpin akar umbi UMNO ini tidak menyokong beliau. Jika tidak dipecat Ahmad Zahid bimbang tidak berupaya memimpin UMNO,” katanya.

 Dr Azmi Hassan
Dr Azmi Hassan

Sementara itu, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan berpendapat, tidak seperti pemecatan mantan Ketua UMNO Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, pemecatan Annuar agak berbeza kerana beliau mengkritik Presiden dan parti itu sendiri.

Bagaimanapun menurutnya, timbul persoalan terhadap tindakan tersebut kerana Annuar sebelum ini bersikap terbuka dan tenang menerima keputusan barisan kepemimpinan yang menggugurkan beliau sebagai calon. 

Annuar juga jelas Azmi, tidak ketinggalan membantu menggerakkan kempen, malah turut membantu calon BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman baru-baru ini.

“Ini boleh menimbulkan persoalan kenapa Annuar dipecat. Memang beliau lantang mengkritik, tapi (calon BN Parlimen Sungai Buloh) Khairy Jamaluddin juga mengkritik walaupun mungkin tidak selantang Annuar.

“Namun telah diberitahu Tan Sri Annuar Musa sudah diberi amaran beberapa kali tetapi beliau tetap dengan pendiriannya mengkritik Presiden dan institusi UMNO secara terbuka.

Azmi Hassan berkata keputusan memecat Annuar bukan dibuat oleh presiden sorang sahaja sebaliknya ia melibatkan MKT UMNO.
Azmi Hassan berkata keputusan memecat Annuar bukan dibuat oleh presiden sorang sahaja sebaliknya ia melibatkan MKT UMNO.

“Memanglah jika kita lihat Presiden UMNO cuba melenyapkan musuh politiknya di dalam UMNO itu memang nyata, tetapi harus ingat keputusan tersebut dibuat okeh MKT (Majlis Kerja Tertinggi) bukannya Presiden seorang.

“Tapi itulah, dalam sesebuah organisasi jika Annuar itu dianggap sebagai duri, seharusnya duri itu dibuang, jadi mungkin inilah dalil digunakan oleh MKT atau Presiden,” katanya.

Jelas beliau, tindakan tersebut sememangnya membawa implikasi positif dan negarif terhadap UMNO, namun Zahid serta pasukannya harus memilih mudarat manakah yang lebih kuat sebelum tindakan diambil.

“Positifnya duri itu dibuang dan apabila tiba Pemilihan UMNO, maka tekanan terhadap Presiden mungkin berkurangan kerana jika Annuar masih ada, kemungkinan beliau akan mencabar jawatan Presiden itu.

“Manakala kesan negatifnya juga tidak dapat dinafikan seperti bila Annuar tidak dicalonkan di Parlimen Ketereh, ada akar umbi yang memprotes,” katanya. - Getaran, 11 Disember 2022

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad