web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Khairy: EU, Belgium Beri Jaminan Perjanjian Pembekalan Vaksin Ditunaikan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2021 10:35AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesatuan Eropah (EU) dan Belgium hari ini memberi jaminan perjanjian pembekalan vaksin Pfizer kepada Malaysia akan dapat ditunaikan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

Khairy dalam satu kenyataan hari ini berkata dengan jaminan daripada Duta EU dan Belgium, pelan imunisasi COVID-19 dijangka diteruskan seperti yang dirancangkan.

Beliau berkata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) maklum mengenai pengumuman terbaharu kawalan eksport oleh EU ke atas vaksin COVID-19 yang dikeluarkan di dalam negara kesatuan itu.

“Hari ini saya mengadakan perbincangan dengan Duta EU ke Malaysia, Michalis Rokas dan Duta Belgium ke Malaysia, Pascal H Gregoire untuk penjelasan lanjut mengenai status penghantaran vaksin ini ke Malaysia.

Berkenaan vaksin Pfizer yang dikeluarkan di Puurs, Belgium, Duta Belgium itu telah memberi jaminan bahawa perjanjian pembelian dengan Pfizer akan dapat ditunaikan selepas Pfizer memohon untuk kelulusan mengeksport dan vaksin itu akan dihantar mengikut jadual mulai bulan ini.   

Justeru, Kerajaan Malaysia telah meminta Pfizer untuk memohon kelulusan mengeksport  daripada Kerajaan Belgium dengan segera,” kata beliau sambil menambah Kedutaan EU dan Belgium di Malaysia akan mengeluarkan kenyataan mengenai jaminan bekalan ini.

Khairy berkata untuk rekod, penghantaran pertama satu juta dos (untuk 500,000 penerima) vaksin Pfizer akan digunakan dalam Fasa Satu inokulasi barisan hadapan dan akan dihantar secara berperingkat dalam suku pertama tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan semalam berkata Malaysia dijangka menerima kumpulan pertama vaksin koronavirus Pfizer-BioNTech pada 26 Feb ini. - Bernama

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad