Berita Terkini

4 jam yang lalu: Permohonan Najib ketepi injunksi kes saman 1MDB didengar 26 Mei 4 jam yang lalu: KPKT lulus peruntukan RM40 juta tingkat kesejahteraan hidup rakyat Pulau Pinang 4 jam yang lalu: Banjir di Kelantan akibatkan kerosakan infrastruktur berjumlah RM172.3 juta - MB 4 jam yang lalu: Gempa bumi Turkiye: Tiada rakyat Malaysia terjejas di Syria 4 jam yang lalu: Malaysia antara negara terawal hantar pasukan SAR ke Turkiye - Armizan

IKUTI KAMI


Adik Perempuan Dakwa Emilia Telah Dipukul Sejak 2011

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2022 9:26PM

 Emilia Hanafi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin telah memukul bekas isterinya, Emilia Hanafi, sejak 2011.

Adik perempuan Emilia, Elisa Nani Hanafi, 38, berkata pada 20 Oktober 2015, kakaknya memaklumkan bahawa beliau telah dipukul oleh SM Faisal dan berkongsi foto mengenainya melalui aplikasi WhatsApp.

“Emilia memberitahu saya bahawa perkara itu berterusan selama tiga hingga empat tahun dan beliau tidak memberitahu sesiapa atau mahu sesiapa tahu serta meminta saya merahsiakannya,” kata saksi pendakwaan keenam itu ketika membacakan pernyataannya pada perbicaraan kes SM Faisal yang didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Emilia.

Beliau berkata Emilia turut menghantar foto kesan lebam di paha dan tangannya pada kira-kira 8 malam 20 Okt 2015 bersama kad hari jadi untuk SM Faisal.

SM Faisal SM Nasimuddin
SM Faisal SM Nasimuddin

“Saya tanya kakak apa yang berlaku. Kakak kata Faisal tiba dari luar negara antara pukul 2 hingga 3 petang dan dia bersama anak lelakinya telah pergi ke lapangan terbang untuk menjemput Faisal sebagai kejutan.

“Setibanya di rumah, kakak masakkan dia (SM Faisal) makanan sihat kerana tahu Faisal sedang berdiet iaitu salmon dengan sos lemon, avokado, buah zaitun dan bayam.

“Apabila makanan itu dihidangkan, Faisal melemparkan pinggan berisi makanan itu ke arah kakak dan pinggan itu telah berkecai. Dia turut campak Emilia ke lantai beberapa kali. Selepas insiden itu, Emilia memberitahu saya bahawa Faisal telah mengoyakkan kad hari jadi itu dan mengunci bilik tidur mereka yang terletak di tingkat tiga supaya Emilia tidak boleh masuk,” katanya.

Saksi itu berkata beliau telah mendesak Emilia agar memaklumkan perkara itu kepada orang yang lebih berumur dan matang untuk mendapatkan nasihat, bagaimanapun, Emilia tidak setuju kerana tidak mahu ibu mereka susah hati.

“Saya kemudian mencadangkan agar kakak memaklumkan Mak iaitu ibu SM Faisal dan selepas didesak, barulah dia bersetuju,” katanya sambil menambah mereka bertemu ibu SM Faisal di kediaman wanita itu di Bukit Tunku.

Elisa Nani juga berkata ibu SM Faisal menasihati Emilia agar membuat laporan polis namun wanita itu enggan berbuat demikian kerana tidak mahu memalukan suaminya dan keluarga mereka.

Pada 22 November 2015, Emilia memaklumkan bahawa SM Faisal terus memukulnya dan meminta beliau menghubungi polis supaya segera ke rumah mereka di Serene Kiara kerana dia berasa takut.

“Saya telah meminta suami iaitu Carl untuk menemani saya ke rumah Emilia dan SM Faisal serta menghubungi polis untuk memaklumkan perkara itu,” katanya.

Elisa Nani berkata SM Faisal telah menyambut kedatangan mereka dengan baik dan seorang anggota polis telah menyoal SM Faisal “Masalah apa ini?”

“Faisal jawab ‘Masalah rumah tangga, benda kecil sahaja, tak apa, adik ipar saya sudah sampai,” kata saksi itu sambil menambah beliau kemudian ke tingkat untuk mendapatkan Emilia.

Emilia membuka pintu bilik dan kelihatan ketakutan sebelum mereka berpelukan sambil menangis dan saksi itu melihat lebam pada muka kakaknya yang kemudian meminta pertolongan polis sambil menjelaskan bahawa beliau telah diserang serta dipukul.

SM Faisal, 43, didakwa mencederakan Emilia, 43, di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields di sini antara 12.30 tengah hari dan 4.30 petang 22 Nov 2015 mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nadia Othman bersambung 5 Januari depan. - Bernama

Sorotan

1

PM Minta Penguatkuasaan Tangani Kecuaian, ‘Setiap Sen Kita Belanja Akan Dipertanggungjawabkan’ 

2

Kabinet, Penjawat Awam Harus Bekerjasama Angkat Martabat Rakyat, Negara - PM

3

PKR Bentang Laporan Kewangan Setiap Kongres Tahunan, Takkan ARMADA Tak Faham?

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Serbuan Pekerja Asing Di Nilai: Operasi,Tindakan Imigresen Ikut Undang-Undang 

oleh Aiman Sadiq

Luar Negara 1 hari yang lalu

Sekurang-Kurangnya 100 Maut Akibat Gempa Bumi Di Syria

Semasa 12 jam yang lalu

Terengganu Negeri Terbaharu Dilanda Banjir

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Perlu Lebih Ramai Pemimpin Muda Seperti Shahril Hamdan - Syed Saddiq

oleh Sofian Baharom