Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ini Giliran Saya, Kerajaan Baharu Nampak Proaktif - Hadi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 5:43PM

Abdul Hadi hadir di IPD Sentul hari ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes ucapan berbaur hasutan oleh beliau semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyindir kerajaan perpaduan yang disifatkannya sebagai ‘proaktif’ apabila menyiasat kenyataan beliau ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang lalu.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, apa yang berlaku hari ini adalah ‘gilirannya’ selepas dipanggil untuk dirakam percakapan berhubung laporan polis terhadap beliau oleh Setiausaha DAP Kuala Lumpur, Lim Lip Eng.

Abdul Hadi melambaikan tangan kepada petugas media sebelum beredar dari IPD Sentul. - Gambar oleh Fitri Nizam
Abdul Hadi melambaikan tangan kepada petugas media sebelum beredar dari IPD Sentul. - Gambar oleh Fitri Nizam

Menurutnya, beliau berharap tindakan sama akan diambil terhadap pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang turut memainkan sentimen perkauman dan agama ketika berkempen pada PRU-15.

“Saya memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis berdasarkan soalan yang dikemukakan dan memberikan penjelasan. Saya juga bersedia untuk tindakan selanjutnya sama ada ke mahkamah atau sebagainya.

“Ini giliran saya, nampak kerajaan baru ini sangat proaktif. Saya minta supaya giliran pihak lain, puak PH yang menyentuh umat Islam disiasat sama. Kita tunggu dan lihat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas selesai diambil keterangan selama hampir dua jam bermula jam 3 petang petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, hari ini.

Abdul Hadi tiba di IPD Sentul diiringi anaknya, Muhammad Khalil Abdul Hadi, Setiausaha Politiknya, Mohd Syahir Che Sulaiman dan peguamnya, Wan Rohimi Wan Daud.

Difahamkan, beliau disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 10 November lalu, PH membuat laporan polis terhadap Abdul Hadi yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah di Temerloh, Pahang.

Lip Eng yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, antara lain Abdul Hadi didakwa mengeluarkan kenyataan yang mengaitkan PH dengan fahaman komunis serta anti-tuhan dalam majlis di Temerloh, Pahang.

"(Beliau berkata) Parti dalam PH ini macam-macam jenis ada. Yang komunis ada. Yang anti-tuhan pun ada. Yang liberal pun ada. LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) pun ada. Yang bagi rasuah pun ada. Yang terima rasuah pun ada.

"(Katanya) Semua ada dalam parti mereka. Ini menjadi satu masalah. PH ini 'gelap'. BN 'keruh dan kelabu'. Jadi kita ambillah yang jernih. Yang baik iaitu PN," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan beliau berhubung ada kumpulan PH yang berkempen dengan menyentuh sensitiviti umat Islam dan Melayu, Abdul Hadi berkata, sudah banyak laporan polis dibuat oleh pelbagai pihak.

“Sudah ramai buat laporan polis, di seluruh negara, NGO Islam dan sebagainya, saya harap perlu disiasat juga seperti saya. (Saya) harap berlaku adillah,” katanya. - Getaran, 5 November 2022

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

3 Beranak Terselamat Dari Maut, Kereta 'Total Loss' Jatuh Gaung

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 19 jam yang lalu

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pak Lah Dirawat Di IJN Kerana Masalah Paru-paru

oleh Fida Ruzki