web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kabinet Anwar Beri Peluang Pemimpin Muda Bawah 50 Tahun Tunjuk Kemampuan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 3:54PM

Nik Nazmi Nik Ahmad diserahkan portfolio Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kabinet baharu diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat memberi ruang kepada wakil ‘suara orang muda’, apabila ramai individu berumur bawah 50 tahun dilantik sebagai menteri.

Menerusi pengumuman barisan Kabinet dibuat Anwar malam tadi, seramai 11 menteri yang dilantik adalah berumur bawah 50 tahun, dengan kebanyakannya daripada parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan memikul tanggungjawab itu buat kali pertama.

Ia termasuk Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menjadi Menteri paling muda di bawah Kerajaan Perpaduan, iaitu pada usia 40 tahun, Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa, diserahkan portfolio Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Walaupun usianya agak muda, beliau memiliki ‘resume’ (latar belakang) politik baik, termasuk pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Seri Setia) di Selangor dari Mac 2008 hingga Mei 2018, selain mempengerusikan Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat mengenai Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri.

Beliau juga mempengerusikan Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ketika Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi Menteri Besar negeri berkenaan.

Nik Nazmi juga adalah Ketua Pemuda PH pertama dipilih pada 2017 dan pernah memikul peranan sebagai Pengarah Komunikasi PKR.

Seorang lagi menteri berusia 40 tahun dalam Kabinet Anwar adalah Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick yang akan mengetuai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Ewon Benedick - Gambar Fail
Ewon Benedick - Gambar Fail

ADUN Kadamaian bagi dua penggal itu sebelum ini, berkhidmat sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, malah memenangi kerusi Parlimen Penampang pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, 41, akan membuat penampilan sulung dalam Kabinet selepas dilantik sebagai Menteri Komunikasi Digital, iaitu tugas dianggap sesuai dengannya memandangkan beliau adalah Ketua Penerangan PKR, selepas mengambil alih peranan terbabit daripada Nik Nazmi.

Fahmi Fadzil - Gambar Fail
Fahmi Fadzil - Gambar Fail

Hanya setahun lebih tua daripada Fahmi, Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang, turut menganggotai barisan Kabinet.

Lelaki berusia 42 tahun itu akan memegang portfolio Sains dan Teknologi.

Manakala, menteri wanita termuda adalah Ahli Parlimen Segambut daripada DAP, Hannah Yeoh, 43.

Hannah Yeoh - Gambar Fail
Hannah Yeoh - Gambar Fail

Yeoh akan dipertanggungjawabkan menerajui peranan sebagai Menteri Belia dan Sukan, iaitu berbeza dengan jawatan pernah disandangnya sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sepanjang 22 bulan PH menjadi kerajaan selepas menang PRU-14.

Seorang lagi menteri wanita di bawah umur 50 tahun adalah Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek, 45, yang akan menerajui Kementerian Pendidikan.

Mantan Senator dan peguam itu menewaskan penyandang dua penggal Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman daripada Perikatan Nasional (PN) pada PRU-15.

Fadhlina Sidek - Gambar Fail
Fadhlina Sidek - Gambar Fail

Pelantikan Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Seremban tiga penggal, Anthony Loke, 45, pula menyaksikan beliau kembali memegang tampuk Kementerian Pengangkutan, sekali gus melegakan sesetengah pihak, khususnya Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Bhd yang sebelum ini menyuarakan harapan agar Anwar mempertimbangkan pemimpin terbabit ke jawatan itu.

Manakala, Timbalan Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, 45, dipilih mengendalikan Kementerian Ekonomi dan wakil tunggal Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Kabinet, iaitu Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali, 46, akan mengambil alih urusan Sabah dan Sarawak di Jabatan Perdana Menteri

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, 49, dan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming, 50, yang ditugaskan sebagai orang nombor satu Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan turut disenaraikan di bawah Kabinet Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu. – The Vibes, 3 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Dr Zaliha Akan Terus Sokong Agenda MADANI

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Malaysia Tolak Tawaran Anjur Sukan Komanwel 2026 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Kirim Poskad Khas Kepada PBB, Desak Terima Palestin Sebagai Negara Anggota

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar