web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengukuhan Ringgit Diharap Berterusan, Dapat Kurang Kos Import Makanan - Mohamad

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 11:47AM

Mohamad Sabu - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULIM - Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu berharap nilai mata wang ringgit terus mengukuh sekali gus dapat mengurangkan kos import bahan makanan.

Beliau yang baharu dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata trend pengukuhan ringgit dapat dilihat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan berharap situasi itu berterusan.

“Dengan pertukaran kerajaan dan pelantikan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), keyakinan mula berlaku sehingga mata wang kita menaik begitu mendadak dan kita harap ia dapat bertahan dan lebih baik pada masa akan datang.

“Nilai import kita akan lebih murah jika mata wang kita semakin kukuh, itulah harapan kita dan kenaikan ini memang satu perkara yang menakjubkan dalam masa 10 hari selepas pilihan raya,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Katanya, walaupun baru-baru ini nilai ringgit berada pada hampir RM4.80 dan diunjur merosot kepada RM5 pada bulan ini berbanding dolar Amerika Syarikat, namun keadaan sebaliknya berlaku apabila ia mengukuh kepada kira-kira RM4.40 ketika ini.

Mengulas mengenai pengumuman senarai menteri Kabinet, Mohamad berkata Perdana Menteri telah menunaikan janjinya untuk membentuk Kabinet kecil membabitkan 28 menteri di bawah pentadbirannya.

Menurut beliau berdasarkan saiz Kabinet itu kerajaan perlu melakukan tugas yang lebih besar dan berat kerana bilangan menteri yang lebih sedikit berbanding sebelum ini.

Ditanya sama ada AMANAH berpuas hati dengan bilangan pemimpin parti itu yang dilantik ke dalam Kabinet, beliau berkata pengumuman semalam hanya membabitkan senarai menteri dan akan disusuli dengan jawatan timbalan menteri selepas ini.

Terdahulu beliau menghadiri ceramah PRU-15 Padang Serai yang turut disertai Pengerusi PH Kedah Datuk Mahfuz Omar dan Pengerusi Barisan Nasional Kedah Datuk Seri Jamil Khir Baharom. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Dr Zaliha Akan Terus Sokong Agenda MADANI

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Malaysia Tolak Tawaran Anjur Sukan Komanwel 2026 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 19 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik