Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Salun Uniseks: Beri Kelonggaran Pengusaha Bukan Islam, Ambil Tindakan Secara Berhemah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 7:00AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Terengganu digesa menyelesaikan kemelut berkaitan pengharaman salun uniseks di negeri itu secara bijak dan berhemah, ibarat “menarik rambut dalam tepung” supaya tindakan diambil tidak memberi imej buruk kepada agama Islam.

Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid berkata, pada prinsipnya keputusan itu wajar disokong tetapi dalam melaksanakan larangan itu, kedudukan pengusaha bukan Islam yang terpaksa menanggung kerugian dalam perniagaan mereka juga perlu diambil kira.

Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid
Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid

Justeru katanya, kerajaan Terengganu perlu mencari satu jalan penyelesaian sesuai atau memberi kelonggaran kepada pengusaha salun uniseks bukan Islam buat sementara waktu tetapi dalam keadaan yang terhad.

“Saya rasa untuk sementara waktu ini bolehlah dipertimbangkan agar perkhidmatan itu dibenarkan sesama mereka (bukan Islam), tetapi dalam keadaan yang terhad.

“Ini supaya kita tidak dimusuhi orang bukan Islam dalam melaksanakan undang-undang dasar dan budaya Islam dalam masyarakat kita,” katanya kepada Getaran.

Menurut beliau, peraturan itu tidak boleh dilaksanakan secara mengejut kerana Malaysia terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum, budaya dan agama.

“Jadi kita bagi ruang sikit untuk mereka (orang bukan Islam) tapi bukan erti kita menghalalkan apa mereka lakukan. Kalau sesama mereka bukan Islam ok.

“Macam kedai jual minuman keras sesama mereka tapi biarlah asing. Cuma kita harus mendidik masyarakat Islam supaya tidak pergi ke premis tersebut,” katanya.

Jelas beliau, dalam konteks ini, exco kerajaan negeri perlu menggunakan kebijaksanaan mereka dalam mendidik masyarakat mengenai pelaksanaan undang-undang Islam.

“Perlu ada kebijaksanaan dalam merealisasikan undang-undang ini. Ia penting. Undang-undang ini sepatutnya mencerminkan cita-cita masyarakat. Kalau belum menjadi cita-cita masyarakat, undang-undang itu akan gagal.

“Maka nak laksanakan undang-undang seperti itu walaupun disuruh Islam, kita kena mukadimahkan dahulu. Kalau belum faham, kena bagi faham elok-eloklah. Dalam melaksanakan undang-undang Islam itu kita perlu kepada satu asas yang kuat, kena bijaklah.

“Sebab itu saya lebih suka soal pelaksanaan undang-undang, jangan datang daripada orang politik. Ia perlu datang dari pertubuhan mahupun gerakan Islam yang betul-betul faham dan sudah menjadi cita-cita mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang berpendapat, peraturan pengasingan jantina di kedai dandanan rambut dan kecantikan hanya perlu dikuatkuasakan untuk umat Islam di negeri itu.

Katanya, syarat ditetapkan itu adalah di bawah perlesenan Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu dan bukannya di bawah Enakmen Jenayah Syariah negeri.

“Jika Enakmen Syariah, larangan itu hanya terpakai kepada orang Islam sahaja. Jika undang-undang kerajaan tempatan atau pihak berkuasa tempatan (PBT), ia terpakai juga kepada orang bukan Islam.

“Cuma pandangan saya, hukum pengasingan antara lelaki dan perempuan hanya untuk orang Islam sahaja,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya larangan itu dikuatkuasakan kepada orang bukan Islam, maka kerajaan negeri perlu mendapatkan pandangan golongan tersebut terlebih dahulu sebelum melaksanakannya.

“Islam adalah agama rahmat kepada seluruh alam, bukan agama menekan. Sebaiknya dapatkan pandangan bukan islam sebelum undang-undang itu dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Nor berkata, beliau percaya peraturan pengasingan jantina di semua premis berkenaan di Terengganu dilakukan bersandarkan kepada kepentingan maslahat.

Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Nor
Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Nor

Jelas beliau, walaupun dalam konteks ini larangan tersebut tidak mengikat orang bukan Islam, tetapi secara umumnya pemerintah berhak menjadikan hukum Islam sebagai hukum di negeri itu jika ada kepentingan untuk semua rakyat.

“Ada kaedah tindak tanduk pemerintah terhadap rakyat hendaklah bersandar kepada kepentingan maslahat. Maknanya kalau kerajaan, tidak kira (kerajaan) pusat, negeri atau tempatan, kalau mereka dapati ada maslahat, maknanya untuk kebaikan rakyat maka mereka berhak melaksanakannya.

“Sebagai contoh di Arab Saudi, hukum hudud itu asalnya hukum Islam. Jadi ia tidak mengikat orang bukan Islam.

“Tapi kerajaan negara itu menjadikan hukum hudud itu sebagai undang-undang negara mereka, jadi semua kena hormatlah,” katanya.

Wan Salim berkata, dalam soal itu, kerajaan Terengganu melihat kepada kepentingan rakyat lebih ramai diutamakan daripada kepentingan golongan minoriti.

“Kalau mungkin perniagaan tertentu itu menguntungkan beberapa peniaga tapi ia akan merosakkan masyarakat lebih besar, maka mereka mengutamakan kepentingan lebih besar.

“Sebab dalam Islam sendiri pergaulan wanita dan lelaki ada batas. Bagi saya pengasingan salun rambut mengikut jantina itu wajar dilakukan,” katanya.

Mantan Pengerusi Majlis Perundingan Wanita Islam Malaysia (MPWIM), Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal pula berkata, peraturan tersebut bukan undang-undang Islam tetapi syarat dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan dalam meluluskan lesen perniagaan di negeri itu.

Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal
Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal

Justeru menurut beliau, kerajaan negeri berhak melaksanakan peraturan itu asalkan ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Namun katanya, pelaksanaan peraturan itu dilihat ada memberi manfaat kepada penduduk di Terengganu.

“Dari sudut kebaikannya, orang lelaki gunting rambut lelaki dan perempuan untuk perempuan itu lebih baik. Elak insiden gangguan seksual. Undang-undang tidak mendiskriminasi sesiapa,” katanya.

Selain itu, beliau tidak bersetuju jika kelonggaran diberikan kepada pemilik salun rambut uniseks bukan Islam di negeri berkenaan kerana dilihat akan mewujudkan ketidakadilan.

“Kalau ada pengecualian, pengusaha bukan Islam mungkin didenda kerana menerima pelanggan Islam dan orang Islam yang pergi ke sana juga akan didenda. Itu lebih tidak adil.

“Zaman (Tok Guru) Nik Aziz, Kelantan buat kaunter lelaki dan perempuan di pasaraya. Perempuan kena pakai tudung dan pakaian sopan. Peraturan itu tetap dilaksanakan walaupun ramai tak setuju,” katanya.

Kelmarin, kerajaan Terengganu menguatkuasakan larangan terhadap salun rambut uniseks di negeri itu, dengan pengusaha yang melanggar undang-undang pelesenan pengasingan jantina bakal berdepan denda antara RM500 dan RM1,000.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Dr Alias Razak berkata, pengasingan jantina di semua premis berkenaan bukannya peraturan baharu, sebaliknya sudah digariskan pada syarat lesen.

Menurut beliau, selain didenda, pengusaha kedai dandanan rambut serta kecantikan yang ingkar juga boleh dibatalkan lesen mereka.

Katanya, peraturan itu bukan saja dikuatkuasakan di premis diusahakan umat Islam, sebaliknya kepada pengusaha bukan Islam di negeri berkenaan. - Getaran, 3 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Kesan Guru Lelaki Cederakan Rakan Setugas

2

Semasa 4 hari yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Kisah Kita 2 minggu yang lalu

Anak Muda Gigih Bersihkan Pantai, Sungai Kotor Di Terengganu

4

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

Tradisi Ketuk Genta Di Terengganu Diteruskan Sepanjang Ramadan

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

FINAS Taja Caruman SKSPS 4,500 Penggiat  Seni Untuk Setahun - Fahmi

Semasa 3 jam yang lalu

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

Semasa 21 jam yang lalu

Sik Dibasahi Hujan, Ribuan Iringi Perjalanan Terakhir ‘Adik Mad’

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 1 hari yang lalu

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan