web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Demam Denggi Meningkat 8.9 Peratus Pada Minggu Epidemiology Ke-47

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2022 12:45PM

Taman rekreasi dan taman permainan masih berisiko menjadi tempat punca jangkitan demam denggi kerana mempunyai sampah serta bekas-bekas terbiar yang dibuang di persekitaran - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-47 meningkat sebanyak 8.9 peratus iaitu 1,734 kes berbanding 1,593 pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu tersebut.

Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah 56,304 kes berbanding 23,547 bagi tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 139.1 peratus manakala sebanyak 37 kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding 18 kematian bagi tempoh sama pada 2021. 

"Sebanyak 54 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu ini berbanding 61 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya dengan 25 lokaliti hotspot berada di Selangor, 19 di Sabah, tujuh di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, dua di Perak dan satu di Sarawak," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata survelan chikungunya merekodkan sebanyak 18 kes pada ME ke-47 dengan 11 kes dari Pulau Pinang, Selangor (empat) dan masing-masing satu kes dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan serta Melaka. 

"Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 710 kes. Bagi survelan zika, sebanyak 1,939 sampel darah dan 17 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif," katanya.

Beliau berkata taman rekreasi dan taman permainan masih berisiko menjadi tempat punca jangkitan demam denggi kerana mempunyai sampah serta bekas-bekas terbiar yang dibuang di persekitaran. 

Katanya amalan membuang bekas-bekas terpakai merata-rata termasuk di tanah lot kosong boleh mengancam kesihatan melalui jangkitan seperti demam denggi dan chikungunya serta mengganggu kelestarian alam sekitar.

Oleh itu, Dr Noor Hisham berkata setiap isi rumah perlu memupuk budaya memelihara kebersihan dengan tidak membuang sampah merata-rata sejak dari kecil agar menjadi kebiasaan ketika usia dewasa. 

Beliau berkata individu yang melakukan riadah di taman-taman rekreasi perlu menggunakan perlindungan diri seperti memakai repelan pada kulit apabila melakukan riadah terutama pada waktu puncak gigitan nyamuk iaitu antara pukul 5 pagi hingga 7 pagi dan 5 petang hingga 7 malam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Denggi: Simptom Serius Boleh Membawa Maut

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Denggi Catatkan Peningkatan Untuk Minggu Epidemiologi 05 - KP Kesihatan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Denggi Meningkat Pada ME03, Tiada Kematian Direkodkan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Denggi Meningkat, Tapi Tiada Kematian Dilaporkan - Dr Muhammad Radzi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 57 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar