web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengusaha Salun Uniseks Di Terengganu Berdepan Denda Hingga RM1,000, Dibatalkan Lesen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2022 9:48PM

Terengganu menguatkuasakan larangan terhadap salun rambut uniseks di negeri ini, dengan pengusaha yang melanggar undang-undang pelesenan pengasingan jantina kini berdepan denda. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Terengganu menguatkuasakan larangannya terhadap salun rambut uniseks di negeri ini, dengan pengusaha yang melanggar undang-undang pelesenan pengasingan jantina kini berdepan denda antara RM500 dan RM1,000.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Dr Alias Razak berkata, undang-undang itu bukan baharu dan peraturan pelesenan sedia ada adalah di bawah bidang kuasa kerajaan tempatan.

Menurut beliau,  selain didenda, pengusaha kedai dandanan rambut serta kecantikan yang ingkar juga boleh dibatalkan lesen mereka.

“Salun rambut atau kedai gunting rambut, sama ada diusahakan oleh orang Islam atau bukan Islam, tidak dibenarkan menyediakan perkhidmatan gunting rambut kepada lelaki dan wanita di premis yang sama,” katanya dipetik Sin Chew Daily.

Beliau berkata, perniagaan sama yang dijalankan oleh orang bukan Islam juga tidak dikecualikan daripada undang-undang.

"Jika kami membenarkan pendandan rambut wanita bukan Islam menyediakan potongan rambut untuk pelanggan lelaki, lelaki Islam boleh mengunjungi kedai itu,” katanya.

Terengganu adalah salah satu daripada empat kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS. 

Selain Terengganu, negeri lain di bawah pentadbiran parti itu ialah Kelantan, Kedah, dan Perlis.

Semasa sesi perbahasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 29 November lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik oleh kerajaan negeri, Zuraida Md Noor dilaporkan menggesa tindakan penguatkuasaan terhadap kedai gunting rambut dan spa di negeri itu yang enggan mematuhi kehendak syariah.

“Saya menerima aduan daripada penduduk tempatan yang menyuarakan kebimbangan terhadap lelaki dan wanita yang mengunjungi kedai gunting rambut yang sama.

“Ini juga pernah berlaku di premis spa dan salun kecantikan. Saya tertanya-tanya bagaimana industri dandanan rambut dan salun kecantikan boleh mengabaikan isu utama ini,” katanya.

Dalam pada itu, persidangan DUN Terengganu hari ini turut meluluskan pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2022 bagi memperkasakan pelaksanaan undang-undang syariah di negeri itu.

Exco Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu, Datuk Satiful Bahri Mamat berkata, pindaan itu juga bertujuan menambah baik Enakmen Kesalahan Syariah Jenayah (Takzir) Terengganu 2001 yang merangkumi tambahan empat seksyen baharu dan 21 pindaan seksyen sedia ada.

Jelas beliau, empat seksyen baharu itu melibatkan tambahan Seksyen 3A (perbomohan dan sihir), 29A (hamil atau melahirkan anak luar nikah), 33A (perempuan berlagak lelaki) dan 36A (persediaan melakukan liwat). - The Vibes, 1 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Video & Galeri 6 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad