web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


11 Mangsa Terjejas Banjir Kilat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2022 10:15AM

Difahamkan, rumah yang berdekatan sungai dan kawasan rendah, menyebabkan air naik dengan cepat namun keadaan tidak kritikal. - Gambar hiasan oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Sebelas mangsa termasuk tiga kanak-kanak daripada tiga keluarga di Kampung Keru, Batu Kikir, Kuala Pilah dekat sini terjejas akibat banjir kilat malam tadi berikutan hujan lebat sejak petang.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Nazri Mes Kam berkata rumah yang berdekatan sungai dan kawasan rendah, menyebabkan air naik dengan cepat namun keadaan tidak kritikal.

“Air naik ke paras 0.5 meter, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan tiada pusat pemindahan dibuka,” katanya dalam kenyataan.

Dalam kejadian berasingan, beliau berkata tiga kereta terjatuh ke dalam gaung akibat kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Berlian di sini pada 2.15 pagi tadi selain keretakan jalan sepanjang 30 meter disebabkan mendapan dan pergerakan tanah di kawasan itu.

“Mangsa memaklumkan terdengar bunyi litar pintas sebelum mendapati tiang elektrik dan tiga keretanya terjunam ke gaung. Tiada mangsa dilaporkan cedera selain turut menasihatkan penduduk berdekatan berpindah ke tempat selamat,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Apalah Nasib, Lepas Makan Kena Tolak Kereta Redah Banjir

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Beberapa Kawasan Di Seremban, Rembau Dilanda Banjir Kilat

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Beberapa Kawasan Di Subang, Sungai Buloh Dilanda Banjir

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad