web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengguna Lebuhraya DASH Dikenakan Bayaran Tol Mulai Tengah Malam Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2022 2:10PM

Kadar tol yang dikenakan ialah RM2.30 untuk kereta, lori kelas kedua (RM4.60), treler kelas ketiga (RM6.90), kereta kelas empat (teksi) sebanyak RM2.10 dan bas kelas kelima RM2.30. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengguna Lebuhraya Projek Lintasan Damansara-Shah Alam (DASH) akan dikenakan bayaran tol bermula 1 Disember pada jam 12.01 tengah malam ini.

Menurut kenyataan DASH Sdn Bhd, pembayaran itu dikenakan selepas pihak syarikat terbabit membuka laluan itu secara percuma selama 48 hari sejak 14 Oktober lalu.

“Kereta kelas pertama, (akan dikenakan bayaran) RM2.30, lori kelas kedua RM4.60, treler kelas ketiga RM6.90, kereta kelas empat (teksi) RM2.10 dan bas kelas kelima RM2.30.

“Kadar tol sama akan dikenakan kepada pengguna yang melalui ketiga-tiga plaza tol Lebuhraya DASH, iaitu Tol Denai Alam, Tol RRIM (Damansara) dan Tol Kota Damansara mengikut kelas kenderaan,” menurut kenyataan itu.

Kutipan tol itu, katanya, akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch ‘N Go, SmartTAG dan Pengenal Frekuensi Radio (RFID).

Justeru, jelasnya, pengguna diingatkan supaya sentiasa memastikan baki e-wallet mencukupi sebelum memasuki lebuh raya tersebut.

Pada masa sama, kenyataan itu memaklumkan, Bahagian Operasi Lebuhraya DASH melaksanakan pemantauan di setiap plaza tol, termasuk menempatkan petugas di lorong plaza tol kedua-dua arah lebuh raya, terutama pada waktu puncak.

“Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan dengan menghubungi DASH hotline di talian 1 300 88 5522,” katanya.

Terdahulu, pada 13 Oktober lalu, kerajaan mengumumkan lebuh raya sepanjang 20.1 kilometer itu dibuka kepada pengguna secara percuma selama 48 hari bermula 14 Oktober sehingga 30 November. – Getaran, 30 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 18 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad