web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PLUS Tutup Laluan Ipoh Utara, Ipoh Selatan Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2022 3:00PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebuhraya Utara Selatan bagi laluan Ipoh Utara dan Ipoh Selatan (Arah Selatan) ditutup sementara esok, berikutan latihan simulasi kecemasan akan dijalankan pihak pengendalinya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS).            

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, susulan penutupan bermula jam 10 pagi hinga 2.30 petang itu, orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan.

Menurutnya, sepanjang tempoh tersebut, pengguna daripada utara/Kuala Kangsar yang menghala ke selatan/Kuala Lumpur akan dilencongkan ke Plaza Tol Ipoh Utara dan dinasihat menggunakan Jalan Persekutuan (FT240), iaitu Jalan SUSUR Jelapang-Ampang sepanjang latihan simulasi tersebut berlangsung.  

“Pengguna boleh meneruskan perjalanan ke Selatan dengan memasuki semula Lebuhraya Utara-Selatan menerusi Plaza Tol Ipoh Selatan.

“Pengguna lebuh raya yang menggunakan laluan Ipoh Utara-Ipoh Selatan (Arah Selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka susulan penutupan sementara laluan tersebut,” katanya menerusi laman sesawang PLUS hari ini.

Beliau berkata, latihan simulasi itu bertujuan untuk menguji prestasi kecekapan pihak terlibat ketika menghadapi situasi kecemasan dan proses prosedur keselamatan lebuh raya.

“Latihan simulasi tersebut diadakan bagi menguji tahap kecekapan, masa tindak balas dan tindakan diambil PLUS, pasukan penyelamat serta agensi terlibat dalam menghadapi situasi kecemasan, mengkaji dan memeriksa aliran proses prosedur keselamatan di lebuh raya,” ujarnya.

Zakaria berkata, keselamatan pengguna lebuh raya sentiasa menjadi keutamaan PLUS, justeru latihan seumpama itu dijalankan dari masa ke masa untuk mengukur tahap persediaan kakitangan PLUS dan agensi berkaitan.

“Latihan kecemasan kali ini akan melibatkan (beberapa) agensi, antaranya Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), MERS 999, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Edgenta Infrastructure Services (EIS),” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, pengguna lebuh raya diingatkan untuk peka dengan papan tanda akan dipaparkan sementara di beberapa lokasi, selain mematuhi arahan dikeluarkan semasa latihan itu dijalankan.

“Sebarang pertanyaan atau bantuan kecemasan, anda boleh menghubungi PLUSLine di talian 1800-88-0000,” katanya. - Getaran 29 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemandu Pacuan 4 Roda Maut, 2 Parah Kemalangan Babitkan 7 Kenderaan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Aliran Trafik Bergerak Perlahan, Namun Terkawal

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRN: Jumlah Kenderaan Dijangka Meningkat Sehingga 1.9 Juta Sabtu Ini - PLUS

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Aidiladha: Aliran Trafik Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 50 minit yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar