web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Samun 2 Warga Asing, Kebas RM500 Ditahan Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 9:09PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terbabit dalam kes samun dua warga asing di sebuah kedai mencuci kenderaan di Impian Murni, Saujana Murni, Kajang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Hassan berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 7.15 petang itu, tular di media sosial selepas dimuat naik seorang pengguna.

“Menerusi maklumat, didapati suspek yang menggunakan motosikal Yamaha 135 LC, melarikan wang berjumlah RM500 milik dua warga asing terbabit, masing-masing seorang lelaki dan wanita,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek berusia 21 tahun itu ditahan anggota polis dari Cawangan (D9), Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di Taman Katai, Permai.

“Hasil siasatan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah dan didapati positif dadah jenis Methamphetamine ketika saringan air kencing dijalankan.

“Suspek mengaku terlibat dengan kes yang sedang disiasat dan polis turut merampas motosikal serta pakaian digunakannya semasa kejadian,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan, iaitu merompak tanpa menggunakan senjata.

Jika sabit kesalahan, tegasnya, lelaki itu boleh dipenjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat.

Katanya, polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk menyalurkannya ke mana-mana balai berdekatan bagi membantu siasatan. - Getaran 27 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Lelaki Ditahan Miliki Senjata Berbahaya, Peralatan Polis

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tetap Solat Walaupun Tangan Diikat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Disyaki Terlibat Samun Bersenjata Dan Menyamar Polis, 4 Lelaki Diberkas

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Penyamun Diberkas, 20 Kes Samun ATM Berjaya Diselesaikan - Polis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 4 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad