Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Petisyen Minta Kembalikan Maszlee Ke KPM Dilancar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 7:02AM

Dr Maszlee Malik tetap dianggap sebagai individu paling sesuai untuk menganggotai Kabinet bagi portfolio Menteri Pendidikan yang pernah disandangkan pada tahun 2018 hingga 2020 - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Meskipun gagal mempertahankan kerusi Parlimen Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) atas tiket Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik tetap dianggap sebagai individu paling sesuai untuk menganggotai Kabinet bagi portfolio Menteri Pendidikan yang pernah disandangkan pada tahun 2018 hingga 2020.

Buktinya, satu petisyen dikenali ‘Sokong Dr Maszlee Malik’ dilancarkan di platform media sosial sejak dua hari lalu dalam usaha meraih sokongan seramai 25,000 orang, bagi mencapai sasaran untuk meminta kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, melantik semula beliau ke jawatan berkenaan.

Petisyen itu sudah memperoleh lebih 17,601 tanda tangan daripada pengguna media sosial setakat jam 06.58 pagi ini.

Berdasarkan keterangan petisyen tersebut, pengendalinya yang menggunakan nama akaun ‘sokong drmm’ berharap Perdana Menteri melantik Maszlee sebagai Ahli Dewan Negara, seterusnya diangkat menjadi Menteri Pendidikan.

“Kami ibu bapa, guru dan rakyat Malaysia percaya dengan kebolehan Dr Maszlee Malik memimpin KPM (Kementerian Pendidikan).

“Selamatkan pendidikan anak-anak OKU (orang kelainan upaya), selamatkan murid keciciran dan selamatkan pendidikan Malaysia,” menurut petisyen itu.

Turut berkongsi petisyen tersebut adalah seorang guru Matematik, Mohd Fadli Mohamed Salleh yang turut meminta pengikutnya di Facebook untuk menyokong petisyen tersebut hari ini.

“Jom gais (semua), pakat sign petition (tandatangan petisyen) ini,” katanya menerusi perkongsian hantaran tersebut.

Tinjaun Getaran di media sosial berhubung petisyen itu mendapati rata-rata netizen menyokong usaha mengembalikan Maszlee ke kerusi Menteri Pendidikan.

Seorang pengguna, Rahmah Aisa berkata, sebagai pesara guru, dia menyokong cadangan dikemukakan menerusi petisyen itu dan Cikgu Fadli.

Pengguna lain, Ulfa Lamappanganro berkata, kemampuan dimiliki Dr Maszlee dalam menerajui KPM itu memang baik.

“Terima kasih cikgu (Fadli), saya tak sokong partinya, tapi saya sokong individu tersebut menerajui kementerian, mendengar suara guru,” komennya.

Bagaimanapun, tidak semua pengguna, termasuk yang membaca permintaan Fadli, menyokong perkara itu.

“Cikgu tak perlu cadangkan…Terima kasih,” tulis pengguna bernama Hafiz.

Mohd Fadli kemudian tampil membalas komen tersebut sambil menegaskan, beliau mempunyai hak untuk mencadangkan sesiapa dirasakannya layak mengetuai KPM.

“Hafiz Razak, saya ada hak untuk mencadangkan orang yang saya rasa layak pimpin KPM. Tak setuju dengan cadangan saya, tiada masalah pun berbeza pendapat.

“Tapi tak boleh halang saya nak suarakan pendapat saya. Terima kasih kembali,” katanya.

Maszlee yang kini adalah anggota parti PKR gagal mempertahankan kerusi Parlimen Simpang Renggam pada PRU-15, selepa tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hasni Mohammad.

Hasni yang juga mantan Menteri Besar Johor memperoleh 18,312 undi, sekali gus mendapat majoriti sebanyak 1,821 undi, manakala Maslee menerima 16,491, Fazrul Kamal daripada Perikatan Nasional (9,077) dan Kamal yang bertanding atas tiket Parti Pejuang Tanah Air (251) - Getaran, 26 November 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 minggu yang lalu

Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

2

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

3

Semasa 1 bulan yang lalu

97.8 Peratus Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah Siap Sepenuhnya

4

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Kementerian Pendidikan Galakan Murid, Pelajar Lawat Tapak Warisan UNESCO

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Tingkat Kawalan, Penugasan Di Terminal 1 Dan 2 KLIA

Semasa 1 hari yang lalu

Panggilan ‘Scam’ Tahun Lalu Meningkat Lebih 100 Peratus

Semasa 1 hari yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA