web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Assalamualaikum Datuk Seri, Saya Dah Pun Nafikan’ - Hishammuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 8:21PM

Hishammuddin Hussein - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bendahari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein sekali lagi menafikan laporan ‘PASLeaks’ yang mengaitkan beliau terlibat dalam usaha menjatuhkan pemimpin UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dokumen laporan terbabit diulang siar di Facebook mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini.

Bagaimanapun, Hishammuddin di ruangan komen Facebook Najib, tampil mempertahankan dirinya susulan dakwaan mantan Presiden UMNO itu kononnya nama individu terlibat tidak menafikan mahu pun membuat laporan polis mengenai dokumen berkenaan.

Menurutnya, beliau sudah pun menafikan dakwaan laporan yang mula tular pada April lalu sambil meninggalkan pautan berita daripada portal The Vibes.

“Assalamualaikum Datuk Seri. Untuk makluman Datuk Seri, saya telah pun menafikan report (laporan) ‘PASLeaks' ini yang mula tular pada April tahun ini,” katanya di ruangan komen Facebook Najib.

Terdahulu, Najib yang kini menjalani hukuman penjara selama 12 tahun atas kesalahan penyelewengan dana milik SRC International, memuatnaik dokumen yang didakwa minit mesyuarat ‘PASLeaks’ di Facebook miliknya.

Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai permainan keji kerana sanggup menyalahgunakan kuasa bagi mencapai matlamat pemimpin tertentu.

“Tiada sebarang penafian dari sesiapa sejak itu. Mereka yang dinamakan perlu tampil memberi penjelasan atau buat laporan polis,” katanya.

Antara nama pemimpin yang disenarai dalam Facebook Najib adalah Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad; Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.

Turut tersenarai nama Hishammuddin; bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman; Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali;  mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Dokumen bocor yang didakwa sebagai Laporan Political Engagement PAS Pusat turut menamakan dua individu penting dalam parti itu iaitu Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu dan Takiyuddin sebagai operator menjalankan rundingan dengan Dr Mahathir, Mohamed Azmin, Hamzah dan Hishamuddin.

Objektif rundingan itu antara lain didakwa bertujuan menjatuhkan dan melemahkan pimpinan UMNO antaranya Najib, Ahmad Zahid dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan. - Getaran, 24 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan