web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Kekal Tenang. Kita Sedang Usahakan. Kita Masih Di Hadapan’ - Hadi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 10:23AM

Abdul Hadi Awang - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang meminta penyokong parti itu kekal bertenang kerana pimpinan parti sedang mengusahakan sesuatu.

Menurut beliau, Perikatan Nasional (PN) iaitu gabungan parti antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) masih lagi di hadapan ketika ini dalam usaha membentuk kerajaan Persekutuan.

“Mereka merancang. Allah merancang. Kita di pihak yang benar. Insya-Allah kita terpelihara, negara terpelihara,” katanya menerusi ciapan di Twitter, pagi ini.

Ciapan itu dipercayai merujuk kepada usaha pemilihan Perdana Menteri ke-10 apabila Pakatan Harapan (PH) dijangka membentuk kerajaan Perpaduan dengan sokongan Barisan Nasional (BN).

Malaysia kini berdepan situasi Parlimen tergantung selepas tiada mana-mana parti yang berjaya memperoleh sekurang-kurangnya majoriti mudah 112 daripada 222 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan selepas PRU15.

Istana Negara mengadakan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bagi membolehkan Yang di-Pertuan Agong mendapatkan pandangan mengenai pelantikan Perdana Menteri Ke-10 dan pembentukan kerajaan. - Gambar oleh Azim Rahman
Istana Negara mengadakan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bagi membolehkan Yang di-Pertuan Agong mendapatkan pandangan mengenai pelantikan Perdana Menteri Ke-10 dan pembentukan kerajaan. - Gambar oleh Azim Rahman

Hari ini, Istana Negara mengadakan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bagi membolehkan Yang di-Pertuan Agong mendapatkan pandangan mengenai pelantikan Perdana Menteri Ke-10 dan pembentukan kerajaan.

Bagaimanapun, perkembangan terbaru menunjukkan PH mungkin bergabung dengan BN yang menang 30 kerusi untuk membentuk Kerajaan Perpaduan selaras yang disarankan Yang di-Pertuan Agong.

Muhyiddin Yassin - Gambar oleh Syeda Imran
Muhyiddin Yassin - Gambar oleh Syeda Imran

Pada Selasa lalu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan beliau menolak saranan Agong supaya gabungan itu membentuk kerajaan Perpaduan dengan PH.

Muhyiddin berkata, beliau memaklumkan tidak dapat bekerjasama dengan PH kerana perkara itu sudah jadi prinsip gabungan terbabit sejak dulu.

Selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi, parti itu memutuskan untuk tidak menyokong PN dalam membentuk kerajaan Perpaduan seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong.

Malah Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi memberi petunjuk jelas bahawa BN akan menyokong PH untuk membentuk kerajaan Perpaduan.

Menurut Puad, kerjasama antara PH dan BN untuk menubuhkan kerajaan di Pahang dan Perak harus dilihat sebagai ‘petunjuk terbaik’ bagi pembentukan kerajaan Persekutuan.

“Sudah tentu bukan PN. UMNO akan turun ke bawah untuk beri penjelasan.

“MCA dan MIC mesti terima kenyataan. Ayuh rakyat Malaysia. Bergerak ke hadapan dan buka buku baru,” katanya. – Getaran, 24 November 2022

Sorotan

1

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

4

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

5

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

6

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini