web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


11 Exco Perak PH, BN Angkat Sumpah Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2022 11:34AM

Saarani telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) hari ini.

Mereka yang mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan itu adalah tujuh ADUN daripada Pakatan Harapan (PH) dan tiga Barisan Nasional (BN).

Tujuh ADUN PH itu adalah Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Sungai Rapat) dari Parti Amanah Negara (AMANAH); Azlan Helmi (Tualang); Sandrea Ng Shy Ching (Teja),PKR; A Sivanesan (Sungkai), DAP; Teh Kok Lim (Aulong), DAP; Loh Sze Yee (Jalong), DAP dan Woo Kah Leong (Pasir Bedamar), DAP.

Tiga ADUN dari BN pula ialah Datuk Mohd Zolkafly Harun (Lintang), Salbiah Mohamed (Temengor) dan Khairuddin Abu Hanpiah (Belanja).

Portfolio semua ADUN itu akan ditentukan kemudian.

Seorang lagi ADUN DAP mewakili DUN Canning, Jenny Choy, dipilih sebagai Timbalan Yang Di-Pertua Negeri Perak.

Pada masa ini, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid masih berkhidmat sebagai Speaker sementara Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan meneruskan peranannya, sehingga mesyuarat DUN pertama.

Semalam, ADUN Kota Tampan dari BN, Datuk Seri Saarani Mohamad, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.

Pelantikan Saarani itu selepas BN menjalinkan kerjasama dengan PH bagi membentuk kerajaan negeri pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) susulan parti politik yang bertanding tidak mempunyai jumlah majoriti mencukupi.

Pembentukan kerjasama menerusi gabungan dua parti itu memperoleh sokongan 33 ADUN, sekali gus melepasi majoriti mudah 30 kerusi untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Keputusan PRU-15 di Perak menyaksikan Perikatan Nasional (PN) menguasai 26 kerusi DUN diikuti PH (24) dan BN (9). – Getaran, 22 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan