web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Sindir Zahid, Kenapa Tak Turun Tinjau Lokasi?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2022 8:37PM

Arumugam (dua dari kiri) ketika berada di kawasan banjir di Kampung Ampar Tenang Dengkil - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - “Saya nak ambil gambar hantar kepada (Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid Hamidi, dia kata nak redah banjir masa PRU (Pilihan Raya Umum),” kata R Arumugam, penduduk Kampung Ampar Tenang, Dengkil, seolah menyindir Presiden UMNO itu.

Arumugam adalah seorang daripada ratusan mangsa banjir yang dipindahkan selepas kediamannya dinaiki air susulan hujan lebat sejak malam semalam, sehingga mengakibatkan ban di sungai Dengkil pecah, awal pagi tadi.

Berang kerana rumahnya turut ditenggelami air ketika hari mengundi hanya berbaki kurang 48 jam, beliau yang juga Ahli Majlis Perbandaran Sepang itu berkata, tindakan membubarkan Parlimen ketika musim tengkujuh amat tidak bertanggungjawab.

“Mana Presiden UMNO? Kenapa tak mahu turun sini redah banjir? Hari itu kata mahu sanggup redah banjir untuk PRU,” katanya, sinis.

Arumugam berkata, banjir di kawasan tersebut turut mengakibatkan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Dengkil yang dirancang menjadi Pusat Mengundi terpaksa ditutup akibat ditenggelami air.

Pusat mengundi di SJKT Dengkil dinaiki air banjir. - Gambar oleh Sairien Nafis
Pusat mengundi di SJKT Dengkil dinaiki air banjir. - Gambar oleh Sairien Nafis

Difahamkan, akibat kejadian itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan bahawa sekolah tersebut tidak akan digunakan sebagai Pusat Mengundi dan perlu berpindah ke Sekolah Rendah Agama (SRA) Dengkil.

Sementara itu, Pengerusi Komuniti Kampung Chemperai, Ashraf Sleman, 44, berkata, banjir yang menjejaskan hampir keseluruhan rumah penduduk di kampung itu disebabkan oleh ban sungai pecah, pagi tadi.

Menurutnya, musibah berkenaan adalah yang ke-12 sejak dua tahun dan kali kedua dalam masa seminggu.

“Sebagai pengerusi di kampung ini, saya sudah beberapa kali mengadukan berkenaan masalah struktur ban di sungai berhampiran, namun apa yang JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) buat hanyalah menambak lagi saja ban tersebut.

“Jadi apabila hujan lebat malam tadi, penduduk kampung yang berada berhampiran ban tersebut memberitahu bahawa ia pecah dan air sungai mula melimpah ke kawasan kampung,” katanya.

Jelas Ashraf, air sudah mula membanjiri kampung terbabit seawal jam 7 pagi hari ini.

“Alhamdulillah, selepas 12 kali banjir, kami sudah bersedia dan lebih cekap menyelamatkan barangan berharga, sekali gus dapat mengelak daripada menanggung kerugian besar,” katanya.

Beliau memberitahu, kerugian ditanggung berjumlah antara RM10,000 hingga RM15,000 untuk melaksanakan kerja pembersihan, menggantikan barangan elektronik dan perkakas lain berkaitan, setiap kali kediamannya dilanda banjir.

“Jadi kami mohon sangat-sangat supaya ada tindakan drastik yang dapat diambil supaya keadaan ini tidak berulang lagi. Duit habis macam itu saja tiap-tiap kali banjir,” katanya.

Tinjauan Getaran di kampung terbabit turut mendapati, sebahagian kecil penduduk menjadikan taman permainan di perumahan berhampiran sebagai ‘Pusat Pemindahan Sementara’ dengan memasang khemah kerana enggan meninggalkan kawasan rumah mereka yang masih dinaiki air.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian, air sudah mula surut namun pergerakannya agak perlahan dan penduduk menjangkakan mereka perlu bermalam di taman permainan tersebut sekurang-kurangnya 24 jam lagi. 

Difahamkan, setakat ini tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diaktifkan bagi menempatkan penduduk dari beberapa kampung yang terjejas, antaranya Kampung Chemperai, Kampung Seri Tanjung dan Kampung Ampar Tenang. - Getaran, 17 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 23 minit yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad