Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Putrajaya Tolak Calon Lain, Ku Nan Sudah Banyak Berjasa – Pengundi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2022 4:18PM

Tinjauan Getaran di sekitar Putrajaya mendapati, majoriti penduduk masih memilih Tengku Adnan Tengku Mansor walaupun beliau pernah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan rasuah - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Parlimen Putrajaya diramalkan kekal dalam genggaman Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) jika sentimen penduduk dijadikan penanda aras.

Tinjauan Getaran di sekitar kawasan itu mendapati, majoriti penduduk masih memilih bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor walaupun beliau pernah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan rasuah.

Mereka berpendapat, Tengku Adnan sudah dibuktikan tidak bersalah, justeru tidak timbul isu menyokong kluster mahkamah atau seumpama dengannya.

Senario itu sekali gus memberi gambaran, kedudukan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berada dalam bahaya, sesuai dengan statusnya sebagai muka baharu.

Pesara kerajaan, Saad Amir, 63 berkata, Menteri Pendidikan itu adalah orang baharu di Putrajaya sedangkan Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan telah banyak menabur jasa di wilayah tersebut.

Pesara, Saad Amir, 63
Pesara, Saad Amir, 63

“Radzi tak boleh pegang Putrajaya. Dia orang baharu, tak ada sebarang jasa dibuat di sini.

“Dia cakap nak era baharu di Putrajaya, era baharu apanya? Semua Ku Nan dah buat dari awal. Banyak jasanya sejak Putrajaya dibuka,” tegasnya.

Warga emas itu yang jelas ‘anti pembangkang’ memberitahu, Tengku Adnan selaku Ahli Parlimen Putrajaya sentiasa menghulurkan bantuan setiap kali diperlukan dan ia tidak hanya terhad kepada musim PRU semata-mata.

“Masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), Ku Nan ni banyak tolong. PRU atau tidak, bila-bila masa dia tetap bantu.

“Siap ada hari khas, tak silap saya hari Jumaat antara 9 pagi hingga 12 tengah hari. Boleh jumpa dia untuk mengadu masalah atau mohon sebarang bantuan diperlukan,” katanya.

Dakwa Saad, senario itu jauh berbeza dengan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) atau PN sebelum ini.

PH khususnya jelas beliau, memperdaya pengundi dan hanya bijak menabur janji menerusi manifesto PRU-14.

“PH ni penipu. Kita dah nasihat anak-anak muda jangan pangkah PH (pada PRU-14). Manifesto (kononnya) PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) free, tol free, akhirnya (apa pun) takda.

“Fikir logiklah. PTPTN kau dah pinjam, kau nak free pula? Kau ingat mereka (PH) nak bayarkan? Apa jenis manusia engkau ni? Orang Melayu masa itu bodoh, percaya manifestos penipu PH tu,” katanya, jelas berang apabila pemerintahan negara beralih ke tangan pembangkang pada 2018.

Ditanya mengenai nama Tengku Adnan yang sedikit sebanyak tercemar dengan pendakwaan rasuah ke atasnya, Saad berkata kes itu sudah selesai mengikut prosedur perundangan sepatutnya.

“Kes mahkhamah dah selesai. Dia tak bersalah, buat apa nak pertikaikan lagi. Kita lihat apa yang di hadapan. Saya tidak kata tiada yang tak makan rasuah, tapi makan rasuah tu (perbuatan) individu bukan parti,” jelasnya.

Seorang penghantar makanan pula berkata, Dr Mohd Radzi Jidin mengubah pelbagai dasar dalam Kementerian Pendidikan hingga membebankan rakyat
Seorang penghantar makanan pula berkata, Dr Mohd Radzi Jidin mengubah pelbagai dasar dalam Kementerian Pendidikan hingga membebankan rakyat

Dalam perkembangan berkaitan, seorang penjawat awam yang enggan dikenali berkata, tindakan Kementerian Pendidikan memansuhkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) disifatkan sebagai keputusan tidak bijak.

Dia mempersoalkan, bagaimana prestasi pelajaran dan pencapaian anak di sekolah boleh dinilai tanpa dua peperiksaan penting itu.

“Peperiksaan UPSR sudah tiada, PT3 pun mansuh. Macam mana kita nak ukur tahap pendidikan anak-anak untuk masuk universiti?

“Serupalah macam anak-anak kita belajar, selepas itu pandai sendiri dan akhirnya habis sekolah (terus) masuk universiti,” ujarnya.

Seorang penghantar makanan pula berkata, Mohd Radzi mengubah pelbagai dasar dalam Kementerian Pendidikan hingga membebankan rakyat.

“Orang baharu jadi menteri, habis dia bubarkan semua benda. Selalunya kita sebagai ibu bapa mesti sudah bersedia pada bulan 11 (November) dan 12 (Disember) untuk bawa anak-anak bercuti menjelang cuti sekolah. Ini tak, cuti sekolah pun saya dah tak tahu bila sebab keadaan kucar-kacir dibuatnya,” ujarnya.

Parlimen Putrajaya bakal menyaksikan saingan lima penjuru pada PRU-15.

Selain Tengku Adnan dan Mohd Radzi, turut bertanding ialah Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz (PH), Datuk Mohd Rosli Ramli (PEJUANG) serta dua calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi dan Lim Fice Bee. – Getaran, 17 November 2022

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Harap Terminal Baharu LTSIP Jana Lebih Banyak Peluang Ekonomi Di Kelantan

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Semasa 2 jam yang lalu

Gajah Liar Ganggu Penduduk Ditangkap

Semasa 15 jam yang lalu

Harumanis Tiruan Tak Jejas Pasaran Baka Asli Perlis

oleh Rafisqi Radhi