web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


14 Individu Ditahan Hari Ke-10 Berkempen, Johor Catat Perbuatan Khianat Tertinggi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2022 3:23PM

Hazani Ghazali - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Empat belas lagi individu ditahan pada hari ke 10 kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam tempoh 24 jam semalam.

Daripada jumlah itu, Kelantan menyumbang kepada jumlah tangkapan tertinggi membabitkan lima pesalah.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, lima tangkapan dilakukan di Kelantan dan masing-masing tiga di Selangor serta Kuala Lumpur.

Menurut beliau, Kedah, Perak serta Sarawak pula mencatatkan satu tangkapan setiap negeri dan semua tangkapan dilakukan berdasarkan 30 kertas siasatan yang dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara.

“Antara kes yang diterima semalam adalah laporan daripada seorang Pegawai Media kepada (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Pegawai berkenaan menjumpai sebuah akaun Twitter yang didapati memuatnaik kenyataan berbaur fitnah terhadap Dr Mahathir dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4(A)(1) Akta Pilihan Raya 1954 serta Seksyen 504 Kanun Keseksaan,” katanya hari ini.

Hazani berkata, dua individu pula ditahan di Kubang Kerian, Kelantan kerana didakwa memukul seorang penyokong PAS yang membawa bendera Barisan Nasional (BN), hingga menyebabkan mangsa cedera di mata kiri dan belakang badan.

“Insiden berlaku apabila mangsa dikatakan merakam pergerakan sekumpulan lelaki yang sedang menaiki sebuah lori, sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati pada suspek,” katanya.

Beliau memberitahu, polis juga sedang menyiasat 13 kes khianat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan sejak 24 jam lalu.

“Johor merekodkan perbuatan khianat tertinggi iaitu empat kes, diikuti dua di Sabah, manakala masing-masing satu dilaporkan di Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Terengganu dan Sarawak.

“Polis turut menahan dua suspek di Pendang, Kedah dan Johor Bharu Selatan susulan kes,” katanya.

Sepanjang semalam, 1,182 permit ceramah dikeluarkan di seluruh negara semalam dan tiada aktiviti seumpama itu yang dijalankan tanpa permit. – Getaran, 15 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad