web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir Termenung: Penduduk Di Rantau Panjang Minta Pihak Berwajib Selesaikan Masalah Segera

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2022 2:51PM

Penduduk meredah banjir menggunakan motosikal di Kampung Tersang, Rantau Panjang hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Penduduk beberapa kampung berhampiran Sungai Golok di Rantau Panjang, di sini, menggesa pihak berwajib mengambil tindakan segera menangani masalah banjir termenung dihadapi mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Banjir Rantau Panjang, Norhisham Abdullah mendakwa kejadian di kampung terlibat berlaku susulan projek Fasa 1 Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.

Beliau berkata banjir termenung pertama kali berlaku pada Disember lepas manakala kejadian kedua pada Februari hingga Mac tahun ini.

“Ketika ini kami berdepan situasi banjir termenung buat kali ketiga. Sudah lapan hari banjir termenung berlaku di Kampung Tersang, Kampung Kubang Kual, Kampung Padang Licin, Kampung Tok Deh serta beberapa kampung sekitar kawasan ini,” katanya yang ditemui semasa demonstrasi aman di sini hari ini.

Norhisham berkata ketika kejadian Februari-Mac lepas, hasil gesaan penduduk, pihak kontraktor PLSB Sungai Golok telah membuat pintu air bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“Sebanyak enam hingga tujuh pintu air dibuat dalam bentuk pembetung namun pintu-pintu air itu gagal dibuka dan masih bertutup rapat menyebabkan aliran keluar air dari Sungai Lanchang ke Sungai Golok tersekat,” katanya.

 Menurut Norhisham, pihaknya menggesa kontraktor terlibat segera membuka pintu air tersebut dalam tempoh 24 jam atau penduduk akan membuat laporan polis.

Katanya banjir termenung antara paras buku lali hingga pinggang itu menyebabkan 2,090 orang daripada 692 keluarga masih ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara di sekitar lokasi tersebut setakat 1 tengah hari ini. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 9 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar