web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Media Bukan Burung Kakak Tua, Tugas Mereka Perlu Bertanya – GERAMM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2022 3:47PM

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh hadir pada sidang media bagi mengumumkan tarikh PRU-15 di Menara SPR, di Putrajaya pada 20 Oktober lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Gerakan Media Merdeka (GERAMM) mempertikai tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak memberikan ruang kepada pengamal media untuk bertanya dan mendapatkan penjelasan lanjut, berhubung hal berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Jurucakap GERAMM berkata, pihaknya menerima aduan mengenai tindakan itu ketika sesi sidang media SPR di Putrajaya, memasuki minggu kedua tempoh berkempen bagi PRU-15.

Katanya, difahamkan sehingga kini SPR mengadakan dua sesi sidang media mengenai PRU-15, iaitu pertama untuk mengumumkan tarikh penting dan seterusnya pengesahan jumlah calon bertanding.

“Media bukan burung kakak tua. Tugas media adalah untuk bertanya, bukan hanya mendengar secara sehala dan melapor sesuai ‘selera’ (pihak) yang menganjurkan acara.

“Perlu diingat, SPR mempunyai peranan penting sebagai sumber maklumat rasmi mengenai proses pilihan raya, sementara media bertugas untuk menyalurkan maklumat tepat,” katanya.

Tegas jurucakap itu, kegagalan atau keengganan SPR membuka ruang bagi media mendapatkan penjelasan lanjut, berpotensi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat, sekali gus melemahkan sistem demokrasi.

Jelasnya, antara lain, sehingga kini SPR masih belum memberi sebarang penjelasan berkenaan prosedur mengundi bagi individu positif COVID-19, susulan kenyataan daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semalam.

“Tidak ada keperluan untuk menjemput media hadir secara fizikal, sekiranya SPR enggan melayan sebarang pertanyaan, sebaliknya cukup dengan menghantar kenyataan bertulis atau sesi secara langsung dalam talian bagi menjimatkan masa semua pihak.

“Pada masa sama, pihak pengurusan SPR boleh mengambil langkah proaktif untuk menyenaraikan soalan daripada pihak media atau isu dibangkitkan pengundi,” katanya.

Terdahulu, Dr Noor Hisham dilaporkan berkata, individu positif COVID-19 yang mengundi pada PRU-15, wajib memakai pelitup muka, manakala pemakaiannya bagi pengundi lain adalah amat digalakkan.

Katanya, pengundi positif COVID-19 juga tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam, termasuk e-hailing. – Getaran, 14 November 2022

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar