web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Peningkatan Pengundi Pos Petunjuk Positif Pengundi Luar Bersemangat, Ambil Berat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2022 7:58PM

Berdasarkan sumber tidak rasmi, kira-kira 50,000 pengundi dikatakan telah berdaftar sebagai pengundi pos, iaitu enam kali ganda lebih tinggi berbanding PRU-14 - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peningkatan jumlah pengundi pos yang berdaftar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) merupakan petunjuk positif bahawa pengundi di luar Malaysia bersemangat tinggi dan mengambil berat tentang masa depan negara. 

Bercakap kepada Getaran, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching berkata, berdasarkan sumber tidak rasmi, kira-kira 50,000 pengundi dikatakan telah berdaftar sebagai pengundi pos, iaitu enam kali ganda lebih tinggi berbanding PRU-14. 

“Ya. Angka tersebut adalah satu petunjuk sangat positif, yang bermakna pengundi-pengundi kita di luar negara masih tidak berputus asa dan mengambil berat tentang masa depan negara,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Kulai itu memberitahu, memasuki hari ketujuh berkempen untuk PRU-15, beliau melihat sokongan rakyat kepada gabungan berkenaan kian meningkat dengan momentum sokongan yang semakin ketara. 

Katanya, gabungan itu kini berada di landasan yang betul untuk menang. 

“Sambutan daripada rakyat semakin baik dan baik. (Walaupun) Belum berada pada tahap sepositif PRU-14 lagi, tetapi saya fikir kami sedang membina momentum,” katanya.

Nie Ching berkata, siri ceramah PH yang menyaksikan kehadiran menggalakkan oleh rakyat turut memberi petunjuk wujudnya gelombang kebangkitan rakyat pada kali ini. 

“Sambutan orang Melayu jauh lebih hangat berbanding sebelum ini,” katanya lagi. 

Pada PRU-15, PH mempertaruh calon paling ramai iaitu 206 diikuti Barisan Nasional (BN) seramai 178, Perikatan Nasional (PN - 149) sebanyak 149 dan PEJUANG (116).

Blok berkenaan turut menamakan Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri manakala BN menampilkan ‘poster boy’ gabungan itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sementara PN kekal mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pemuda AMANAH, Mohd Hasbie Muda berkata, beliau melihat gelombang yang lebih kuat berbanding 2018. 

Tambahnya, minat pengundi terhadap PH juga semakin ketara dari hari ke hari.

“Ramai mahu PH memerintah dan Anwar menjadi Perdana Menteri,” katanya. – Getaran, 11 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Pilihan Raya Bukan Tempat Tentukan Akidah Pengundi - Saifuddin Nasution

2

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

4

Politik 2 tahun yang lalu

Proses Pengundian PRK KKB Bermula

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar