web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hampir Setahun, Mana Bantuan BPR Kami? - Mangsa Banjir Sungai Serai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2022 7:08PM

Setahun hampir berlalu, namun 160 ketua keluarga di Kampung Sungai Serai masih menanti Bantuan Baikpulih Rumah (BPR) yang tak kunjung tiba - Gambar oleh Fitri Nizam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU LANGAT - “Kami sudah tak ada lagi tempat nak mengadu, semua saluran rasmi sudah kami gunakan tapi sehingga ini tiada jawapan,” luah Ketua Kampung Sungai Serai, Zainuddin Mohamad Tasar.

Beliau mewakili penduduk kampung berkenaan, yang sudah sekian lama berdepan mimpi ngeri susulan banjir besar di perkampungan berkenaan.

Situasi pasca banjir di Hulu Langat tahun lalu - Gambar Fail
Situasi pasca banjir di Hulu Langat tahun lalu - Gambar Fail

Setahun hampir berlalu, namun 160 ketua keluarga di Kampung Sungai Serai masih menanti Bantuan Baikpulih Rumah (BPR) yang tak kunjung tiba, walaupun telah diumumkan kerajaan tidak lama dulu.

Menurut Zainuddin, banjir besar pada Disember tahun lalu itu menjejaskan lebih 400 rumah di perkampungan berkenaan, menyebabkan penduduk terpaksa menanggung kerugian yang bukan sedikit, termasuk kemusnahan harta benda.

Ketua Kampung Sungai Serai, Zainuddin Mohamad Tasar - Gambar Fitri Nizam
Ketua Kampung Sungai Serai, Zainuddin Mohamad Tasar - Gambar Fitri Nizam

“Kami sendiri pun hairan, semua borang dah hantar, tiba-tiba dimaklumkan tak ada dalam sistem. Kami dah mengadu dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), dan beberapa Ahli Parlimen tetapi masih tiada jawapan.

"Jadi hari ini kami berhimpun secara aman, nak beritahu orang-orang 'atasan' yang borang maklumat yang mereka beri itu dalam dua bulan penghulu sudah lengkapkan dan serahkan pada mereka," katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Serai, di sini, hari ini.

Demonstrasi tersebut disertai lebih 30 penduduk yang membawa pelbagai sepanduk di tepi jalan Kampung Sungai Serai, bagi menzahirkan rasa tidak puas hati masing-masing selepas nasib mereka dipandang sepi oleh pihak bertanggungjawab.

Demonstrasi tersebut disertai lebih 30 penduduk yang membawa pelbagai sepanduk di tepi jalan Kampung Sungai Serai, bagi menzahirkan rasa tidak puas hati masing-masing selepas nasib mereka dipandang sepi oleh pihak bertanggungjawab - Gambar oleh Fitri Nizam
Demonstrasi tersebut disertai lebih 30 penduduk yang membawa pelbagai sepanduk di tepi jalan Kampung Sungai Serai, bagi menzahirkan rasa tidak puas hati masing-masing selepas nasib mereka dipandang sepi oleh pihak bertanggungjawab - Gambar oleh Fitri Nizam

Zainuddin, berkata, penduduk kampung ada menerima bantuan tunai berjumlah RM1,000 disumbangkan oleh kerajaan negeri dan bantuan kecemasan sebanyak RM2,000 daripada kerajaan Persekutuan.

Namun, katanya, mereka sehingga kini masih menagih janji BPR yang diumumkan bagi meringankan bebanan yang telah ditanggung untuk membaik pulih semua kerosakan.

"Bantuan tunai dari kerajaan negeri awal lagi kami sudah terima. Saya sendiri pun menjadi mangsa dan saya sendiri bersama sekitar 163 penduduk masih belum terima bantuan BPR.

"Keseluruhannya mangsa banjir ada lebih 400 orang dan 163 daripada jumlah itu masih belum menerima bantuan, manakala selebihnya tidak dapat dipastikan sudah terima atau tidak,” katanya.

Penduduk setempat juga telah beberapa kali menghubungi pegawai bertanggungjawab menguruskan bantuan berkenaan namun tiada jalan penyelesaian sehingga hari ini - Gambar oleh Fitri Nizam
Penduduk setempat juga telah beberapa kali menghubungi pegawai bertanggungjawab menguruskan bantuan berkenaan namun tiada jalan penyelesaian sehingga hari ini - Gambar oleh Fitri Nizam

Jelas Zainuddin, penduduk setempat juga telah beberapa kali menghubungi pegawai bertanggungjawab menguruskan bantuan berkenaan namun tiada jalan penyelesaian sehingga hari ini.

"Saya dah hantar WhatsApp kepada pegawai jabatan berkenaan tetapi tiada respon. Bila dia dengar kami nak berdemo hari ini baru dia respon, itu pun jawapan diberi tak memuaskan," katanya. - Getaran, 11 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 5 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam