web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gangguan Sistem LRT: Pengguna Gesa CEO Letak Jawatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2022 10:51AM

Ada yang menuntut Ketua Pegawai Eksekutif atau kepimpinan kanan syarikat itu bukan sahaja membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat, malah meletak jawatan. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Susulan gangguan operasi transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang menyaksikan 16 stesennya dihentikan selama seminggu, orang ramai meluahkan kemarahan apabila menyifatkan syarikat penyedia pengangkutan awam itu menawarkan perkhidmatan ‘tidak berkualiti’ sehingga sering menyusahkan pengguna.

Malah, ada antara mereka menuntut Ketua Pegawai Eksekutif atau kepimpinan kanan syarikat itu bukan sahaja membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat, terutama pengguna perkhidmatan terbabit, malah meletak jawatan  kerana dianggap ‘gagal’.

Dakwa mereka, isu membabitkan gangguan perkhidmatan LRT bukan cerita baharu kerana beberapa kali berlaku dalam tempoh singkat dan ada kala menyebabkan pengguna terkandas beberapa jam.

“RapidKL sangat melampau sekarang. Mana CEO anda?Tiada permohonan maaf langsung? ciap seorang pengguna di Twitter.

“Mana Menteri Pengangkutan? Mana CEO RapidKL? Tiada permohonan maaf terbuka, tiada penjelasan (daripada Menteri dan CEO)? Sibuk sangat ke berkempen untuk memenangi Parlimen dan tidak melakukan apa-apa,” tulis seorang pengguna.

Manakala, ada segelintir netizen mendesak pengurusan kanan syarikat itu meletakkan jawatan susulan masalah berulang dialami pengguna.

“Memaklumkan menerusi notis seperti ini bukan cara sepatutnya dilakukan RapidKL. Letak jawatan CEO dan ahli Lembaga pengarah. Permohonan maaf secara terbuka kepada penumpang. Tiada lagi pelantikan politik,” komen @BellerophonC

“Kalau buat perhimpunan aman desak kerajaan untuk improve public transport (menambah baik pengangkutan awam) boleh ke? Or demonstrasi minta CEO RapidKL letak jawatan?,” soal seorang netizen.

“Siapa pun yang mengendalikan RapidKL sebagai CEO, tolong letak jawatan. Tolonglah, perkhidmatan kau teruk kot. Gaji besar tak naik LRT dan bas macam mana nak faham susah orang yang gunakan perkhidmatan kau? Letak jawatan!,” komen pengguna.

Selain itu, ada pengguna platform media sosial itu ‘naik angin’ dengan tindakan RapidKL.

“RapidKL sepatutnya memaklumkan pengguna lebih awal bagi membolehkan mereka membuat persediaan sepatutnya, bukan pada saat akhir. Kenapa RapidKL tidak menambah perkhidmatan bas perantara. Di mana CEO RapidKL?,” tulis @nzranasr. – Getaran, 9 November 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar