web statsweb stats

Berita Terkini

12 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakyat Malaysia Berpeluang Saksikan Gerhana Bulan Penuh Malam Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2022 8:36PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia di seluruh negara berpeluang menyaksikan detik istimewa gerhana matahari yang akan berlaku antara jam 4.02 petang dan 9.56 malam hari ini.

Menerusi ciapan Agensi Angkasa Malaysia (MySA), fenomena tersebut bagaimanapun tidak dapat disaksikan semasa fasa awalnya, memandangkan gerhana akan berlaku ketika bulan berada di bawah ufuk Bumi.

Katanya, gerhana bulan berlaku apabila ia bergerak dalam bayang-bayang Bumi. Kejadian ini berlaku apabila Bumi dan Bulan sejajar dalam jarak sangat rapat di sepanjang paksi.

 MySA memaklumkan, ia berlaku kerana Bumi berada di antara Bulan dan Matahari semasa Bulan penuh serta hampir dengan titik tumpuan bulan.

Jelasnya, gerhana bulan penuh dijangka berlaku di langit kira-kira jam 7 malam.

“Rakyat Malaysia akan berpeluang menyaksikan fenomena tersebut apabila bulan mula terbit di ufuk timur dan warga Sabah serta Sarawak pula dapat menikmati fasa itu ketika gerhana bulan penuh.

“Manakala mereka yang berada di barat Malaysia dapat melihat semasa fasa bulan maksimum sehingga ia tamat pada 9.56 malam,” menurutnya.

Pemerhati MySA berkata, ia menasihatkan supaya memastikan tiada sebarang bentuk halangan lain di kawasan kejadian itu, bagi membolehkan fenomena gerhana terbabit dilihat jelas. - Getaran, 8 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad